Tuesday, September 10, 2013

Selamat Kembali Ke Gelanggang Hai Anak2 Naga Rantau!


Setelah beberapa bulan bercuti semester, ambo sebagai penunggu setia gelanggang Naga Rantau membuka kembali pintu Gelanggang dan mengalu-alukan anak-anak Naga Rantau UMP yg kembali setelah pulang ke kampung halaman masing2. Semoga kembalinya kita ke Gelanggang membawa kekuatan baru dan semangat kental dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar dalam dunia akademik, dunia persilatan dan dunia hakiki.....

Gelanggang Naga Rantau sepanjang bulan puasa dan raya, dipenuhi dengan aktiviti latihan oleh seorang anak Naga Rantau dari Perancis dan juga aktiviti latihan dan ujian oleh anak-anak Naga Rantau dari sekolah menengah Gambang dan Inderashahbandar Pekan. Semoga semangat mereka yg pergi disambung oleh yg baru mendatang insyaAllah. Persiapkan diri, persembahan pertama Naga Rantau pada semester baru ini akan berlangsung di sambutan Hari Kokurikulum '13 pada 13-15 September ini di Kompleks Sukan, UMP Gambang.