Tuesday, September 30, 2014

Sedikit video latihan pecahan kunci mati

Monday, September 22, 2014

Keyboard yang dah Sejuk....

#samaadaperutygboroiataujaketygbesar#

Uish. Tangan dah berat nak menaip. Itulah, rentak kehidupan pensyarah. Ada masa sangat bersenang dan santai, ada masa kelam kabut dan sibuk. Jenguk-jenguk, last entry bulan April. Lama sungguh tak on Blog. Ada je entry entry setiap bulan tapi banyak yang terpaksa disimpan. Lagi sesuai kalau tak publish. Ambo pun faham banyak benda yang kadang2 lebih elok untuk tidak dikongsi. Walhal ambo sedaya upaya untuk tidak berkongsi benda2 sulit dan kadang2 rahsia perguruan walopon hanya menyentuh permukaan. Tapi apa guna kalau niat untuk menambahkan "bacaan" tentang Gayong hanya akan menimbulkan fitnah. Kita berGayong ni tujuan utama nak bersilaturrahim. Syukur umur masih panjang. Syukur banyak yang diizinkan untuk merasainya. Jadi yang mana yang menggembirakan, kita proceed.

Alhamdulillah selepas trip terbaru Naga Rantau ke Perth, balik terasa semangat balik nak berblog. Bukan untuk orang pun, hanya melepaskan idea-idea yg tersumbat dalam kepala. Tapi yang penting, that trip was awesome. Pihak SSGA sangat2 menyambut baik kami, beri tempat tinggal, beri makan, dgn izin Allah swt semua OK sepanjang2 di sana dan selamat pulang. InsyaAllah, buat SSGA, sabar ye tgah kumpul idea dan media utk bercerita. Terima kasih buat sahabat2, anak2 didik, jurulatih2, Cikgu2, Guru2 yang banyak membantu. Allah razolsun.

OK, got to go. Ada training ini malam. Kita jumpa esok2 pula insyaAllah.