Sunday, April 10, 2016

Hebahan Kursus Seni Pukulan (Wanita) & Senjata Srikandi


Assalamualaikum wbt.

Hebahan program anjuran Majlis Puteri Gayong (MPG), PSSGMUMP, Gelanggang Naga Rantau. Terbuka kepada pesilat wanita yang sudah perlimau seni, terutama Jurulatih dan Gurulatih. Makan Minum, Sijil Kursus dan Penginapan disediakan. (1 Homestay untuk semua tetamu luar UMP). Kursus ini dianjur pada mulanya hanya untuk Jurulatih-Jurulatih UMP dan alumni sahaja, untuk urusan pengesahan Sijil Pembantu Gurulatih tahunan mereka. Walaubagaimanapun atas inisiatif MPG, kursus ini dibuka dalam maksud untuk silaturrahim bersama Gelanggang-Gelanggang di seluruh IPTA/ IPTS dan awam, terutama anak-anak Gayong wanita yang sudah Jurulatih atau Gurulatih.

Dalam kursus ini antara silibus yang akan diperhalusi ialah Seni Pukulan Wanita sebanyak 21 Buah, iaitu permainan seperti Raja Beradu, Tembi Hentak, Timang Puteri, Seligi, dan lain-lain. Hari seterusnya ialah pelajaran senjata yang dinisbahkan kepada wanita, terutama dalam Silat Seni Gayong. Jurus asas seperti Seni Simbat contohnya akan diaplikasikan dalam alatan persis simbat iaitu Payung, seni pukulan dan jerutan dalam Seni Cindai yang akan diaplikasikan dalam penggunaan pakaikan di atas badan pesilat dan penyerangnya. 7 senjata pilihan (digelar senjata srikandi) akan diperhalusi insyaAllah. Kaedah pengajaran dan latihan akan disusun agar ia mudah untuk dipelajari oleh kesemua peringkat bengkung insyaAllah.

Kursus ini adalah tajaan Universiti Malaysia Pahang, dengan kerjasama dari PSSGMUMP dan juga PSSGM Negeri Pahang. 



Monday, April 4, 2016

14 Malaysian Football Team Mascots: (Local Fauna with Pencak Silat Version)


 I have shared these photos in my Facebook. Just wanna share it again in my blogspot.

Enjoy! ;)



1) "Singa Nusantara" from Perlis

Raja savana.

Dirajakan di Negeri Indera Kayangan.
Tengkolok Balung Raja
Hiasan Nalayn Shareef
Perisai Tenggiling Lengan Kanan
Pelindung Besi Lengan Kiri.
Busur Melayu, Panah Arjuna
Keris Selit Gading Hulu Tajong Patani
Seni Memanah Sunnah Berkuda.


2) "Helang Merah" from Kedah
Tanjak Songsang.
Petapa / Penjaga di Gunung Jerai.
Bekas panglima kerajaan Langkasuka.
Keturunan Maharaja Merong Mahawangsa.
Jubah Sulam Perak. 
Senjata Tekpi 7 Beradik.



3) "Harimau Kumbang" from Penang
Kaum kerabat diraja Khan
Panglima dari Empayar Mughal yang hijarah ke Tanah Melayu.

Pakaian Doti Putih Sulam Emas.
Kain Bengkung Pashmina Kashmir.
Pedang Parsi Mata Damascus.
Perisai Besi Ukiran Kerala.



4) "Seladang Juang" from Perak
Panglima katang-sado-sendo kerajaan Gangga Negara.
Senjata Tukul Perang Kembar:
Tukul Halilintar Besi Meteor.
Tukul "Zulkarnain" Campuran Besi-Tembaga.
Seluar Kulit Tebal Silat Gelut/Jatuh.



5) "Gergasi Merah" from Selangor
Spesis Gergasi. 
Digelar "Rakshasha" di Bumi Hindi.
Dipanggil "Orc" di wilayah Barat.
Wajah Merah Saga apabila marah.
Baju Besi Buatan Nusantara Rantai Halus.
Hiasan Ukiran Jawa.
Topi Besi Buatan Turki Othmaniah.
Senjata Gada-Gada. (Bola Besi Berantai)
Penjaga Kota Puncak Alam.



6) "Merpati Kota" from Kuala Lumpur.
Bersongkok Hitam.
Baju Putih. Kain Lepas atas bahu.
Tali pinggang Haji.
Sarung pelikat.
Senjata Golok Bodoh hulu Tanduk.
Permainan Golok Betawi.



7)"Tok Raja Rusa Minang" from Negeri Sembilan
Guru Tua dari Tanah Minang.
Pakaian Adat Baju Silat Minang.
Sulam Benang Kuning Lam Alif.
Pending Perak.
Tengkolok Harimau.
Keris Minang Ukiran Perak.

8) "Sifu Pelanduk" from Melaka
Peranakan, keturunan Panglima-panglima pengawal Laksamana Cheng Ho yang berkampung di Tanah Melayu.
Pakaian tradisi tunik Cina tanah Selatan.
Senjata Yee Jee Seung Do a.k.a Butterfly Sword.

9) "Harimau Selatan" from Johor
Bekas Temenggung penjaga perairan Johor Riau.

Baju Sekap Bersulam Emas.
Topi "Armada Selat" - Kalung Gajah Mina.
Senjata Terakol peluru Perak.
Meriam Ringan Rentaka yang diletak di atas bahu apabila menyerang musuh.
Bom tangan tanah liat berisi bijih besi.
Pelindung tangan Kuku Harimau.

10) "Gajah Perang" from Pahang
Pengawal setia Kerajaan Inderapura. 
Topi Besi Corak Bunga Melur
Subang Tangkal.
Gading Emas.
Baju Besi Ukiran Melayu abjad Nun.
Senjata Tombak Mata Daun Kopi.

11) "Penyu Perisik" from Terengganu
Perisik dari Pantai Timur.

Perisai dan Pedang Melayu.
Kain Songket Benang Emas.
Sentiasa menutup wajah.
Cengkerang pelindung.



12) "Kijang Emas" from Kelantan
Baju Silat Merah stripe Hitam.
Semutar corak bunga Tanjung.
Kain pelepas Bunga Tabur.
Senjata Klewang Jambul, Ibu Tekpi dan Kapak Binjai.
Bapanya Panglima kesayangan Puteri Saadong, Pemerintah dan Raja Perempuan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.



13) "Bujang Senang" from Sarawak
Keturunan Rentap.
Hiasan kepala Burung Kenyalang.
Kalung Kebal.
Sumpit Rajang Perisai Iban.
Penjaga Sungai-sungai.


14) "Badak Kinabalu" from Sabah
Pemburu Kepala hutan Borneo.
Armor Kulit Tebal Mata Besi.
Ikat kepala Merah, Bulu Burung.
Gayang/Mandau (Parang Selasing)
Kapak Beliung.
Petapa Gunung Kinabalu.