Gambar yg mencetuskan kontroversi...
Isunya di sini ialah mengkritik Pesilat Wanita Berpurdah.
Tegurannya yang mengatakan wanita berpurdah yang tidak bersarung tangan dan berstokin, selain dari bersentuhan semasa teknik beladiri dibuat adalah benar. Ambo menerima baik tegurannya berkenaan isu tidak berstokin dan bercampur. Mungkin boleh diperbaiki dari segi aturan demonstrasi dan pemakaian agar mengelak fitnah. Persoalannya, kenapa gambar ini juga yang dipilih untuk membicarakan tentang aurat?
Tidakkah ustaz ini fikirkan bahawa gambar yang dia ambil ini adalah gambar individu yang mempunyai nama, mempunyai ibu dan ayah, mempunyai guru bahkan mempunyai maruah? Adakah sekeping gambar yg "freeze" pergerakan2 tertentu yg mana tidak mungkin mata kasar lihat secara terus tetapi dapat ditatapi secara halus maka ustaz ini menghukum tanpa belas kasihan?
Ambo kasihan, ada sesetengah yg suka menghukum apabila ada seseorang yg cuba zahir dlm keadaan beragama. Lihatlah betapa ramai yg mengkritik seorang wanita yang baru belajar bertudung dan baru belajar berjubah, tetapi mendiamkan diri dan menjamu mata apabila gambar wanita seksi terpampang di depan mata.
Pesilat-pesilat wanita ini cuba. Diulang... CUBA. Cuba untuk membuktikan bahawa dengan berpakaian jubah dan berpurdah, teknik2 silat juga bisa dilaksanakan demi menjaga maruah diri. Di zaman ini, wanita berpurdah juga boleh menjadi mangsa. Kalau mahu diharapkan golongan2 agama seperti Ustaz ni, untuk melatih isterinya, atau wanita2 kepunyaannya, untuk menunjukkan demo yg penuh adab dan adat mengikut syariat, persilakanlah. Tapi ambo rasa tak nampak apa pun. Pokok pangkalnya ialah bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tujuan utama adalah untuk menarik minat golongan hawa di luar sana yg mungkin sudah jauh dari identiti Melayunya, apatah lagi keimanan Islamnya, agar tertarik dgn "pakej" yang membantunya mencapai bnyak maksud serampang dua mata. Mungkin mulanya utnuk belajar senibeladiri. Mungkin dari situ, dapat diperelokkan sikap perangainya. Boleh ditegur salah baccan Qurannya, Wudhu'nya, Solahnya. Bahkan dalam Silat itu, para Ulama' sejak dari dahulu kala menjadikan Gelanggang sebagai tempat berdakwah membawa murid-murid mengenal diri dan mengenal Allah swt.
Pesilat-pesilat ini mungkin ada silap. Hai Ustaz, mereka mungkin boleh ditegur dengan cara yg lebih baik. Mungkin tak perlu bersusah susah mengedit gambar itu. Makin disebar-sebarkan, ambo kira mungkin makin banyaklah "saham pahala" ustaz. Mungkin bagi Ustaz ini, ia bertujuan untuk membuka mata orang bahawa "JAGALAH AURAT". Tapi ambo risau, tegurannya, gambar yg dieditnya, menimbulkan seribu macam persoalan dan perdebatan sehinggakan "seni peperangan Umat Melayu Islam" iaitu Institusi Perguruan Silat yang akan terpalit kesannya sehinggakan muda mudi yang makin asyik di zaman ini semakin jauh dan jauh. Sudahlah jauh dari Masjid dan Jemaah, jauh pula dari Guru-Guru Silat yang boleh menerima segala jenis perangai murid yg bertandang ke pintu gelanggangnya untuk dicari sekelumit Nur dalam jiwanya untuk digilap.
Janganlah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Janganlah kerana gambar sekeping wanita berpurdah, komuniti Silat dipersalahkan. Hanya Melayu Islam yang ... (maafkan saya dengan bahasa kasar ini) ....Bodoh dan Sombong sahaja yang membuang Silat. Alahai, nampak macam komuniti Silat ni jahil sangat. Nampak orang-orang Silat ini tak belajar agama?
Orang yang berjuang dalam silat tahu penat jerihnya utk berdakwah secara Silat. Bukan orang agama sahaja yg jatuh WAJIB untuk berdakwah. Setiap yg Muslim itu wajib Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Jadi kalau benar Ustaz nak berdakwah hatta dalam arena Silat, lengkapkanlah diri itu dgn ilmu persilatan dahulu. Kalau mahu berdakwah dalam dunia sains dan teknologi, lengkapkanlah diri itu dgn ilmu sains dan teknologi. Orang yg bergelar Ustaz dan tidak tahu bersilat tidak patut menghukum sesenang itu dan mengaibkan orang. Tidak padan dengan identiti, tidak padan dengan ilmu yg dipelajari. Nasihat ambo buat Ustaz, demo comel molek doh. Cumo mungkin caro tegur tu tok keno. Pikir-pikir mollek boh....
Penjelasan yg mantap
ReplyDelete