Sunday, April 10, 2016

Hebahan Kursus Seni Pukulan (Wanita) & Senjata Srikandi


Assalamualaikum wbt.

Hebahan program anjuran Majlis Puteri Gayong (MPG), PSSGMUMP, Gelanggang Naga Rantau. Terbuka kepada pesilat wanita yang sudah perlimau seni, terutama Jurulatih dan Gurulatih. Makan Minum, Sijil Kursus dan Penginapan disediakan. (1 Homestay untuk semua tetamu luar UMP). Kursus ini dianjur pada mulanya hanya untuk Jurulatih-Jurulatih UMP dan alumni sahaja, untuk urusan pengesahan Sijil Pembantu Gurulatih tahunan mereka. Walaubagaimanapun atas inisiatif MPG, kursus ini dibuka dalam maksud untuk silaturrahim bersama Gelanggang-Gelanggang di seluruh IPTA/ IPTS dan awam, terutama anak-anak Gayong wanita yang sudah Jurulatih atau Gurulatih.

Dalam kursus ini antara silibus yang akan diperhalusi ialah Seni Pukulan Wanita sebanyak 21 Buah, iaitu permainan seperti Raja Beradu, Tembi Hentak, Timang Puteri, Seligi, dan lain-lain. Hari seterusnya ialah pelajaran senjata yang dinisbahkan kepada wanita, terutama dalam Silat Seni Gayong. Jurus asas seperti Seni Simbat contohnya akan diaplikasikan dalam alatan persis simbat iaitu Payung, seni pukulan dan jerutan dalam Seni Cindai yang akan diaplikasikan dalam penggunaan pakaikan di atas badan pesilat dan penyerangnya. 7 senjata pilihan (digelar senjata srikandi) akan diperhalusi insyaAllah. Kaedah pengajaran dan latihan akan disusun agar ia mudah untuk dipelajari oleh kesemua peringkat bengkung insyaAllah.

Kursus ini adalah tajaan Universiti Malaysia Pahang, dengan kerjasama dari PSSGMUMP dan juga PSSGM Negeri Pahang. 



No comments:

Post a Comment