Dalam perjalanan ke Taiping, bersua ambo dengan sang sawa.
Batik hitam lingkaran kuning, bersungguh melintas lautan raya.
Sang Sawa kenyang bukannya bunting, menjamu selera si ayam muda.
Alpanya sedikit lupa zikir mungkin, saatnya tiba penghujungnya menjelma.
Kisah biasa tetapi penting, hidupnya roh kerana zikir-Nya....
ahh.. mentang-mentang nak ke Kuching, pandai pula ambo berseloka.
Idea mencurah di pagi hening, dok ingat isteri anak dan keluarga.
Yang ada hanya ranting, ambo doa agar sampai ke akarnya.
kertas sekeping, pena dan tinta,
gasing berpusing, dimanakah hentinya...?
No comments:
Post a Comment