KISAH LAKNAT
Korang nak baca pun baca. Taknak baca sudah. Tapi ambo kena luahkan juga isi hati ambo ni...
Dua hari lepas ambo ada di pasir puteh. Ambo balik berjumpa keluarga untuk weekend je, sebab dah lama sangat tak balik kampung. Tapi balik ambo bukan tak ada kerja. Banyak juga kerja dan urusan pulang ke kampung. Tapi kali ini bukan sebarang kerja ambo nak buat. Ada kes yang ambo kena selesaikan.
Ambo terima sandang Panglima Pelangi Hitam, beratnya bukan kepalang. Ambo terima dengan berkat syafaat Baginda Rasulullah s.a.w, itu ucapan kabulnya. Kalau masalah orang awam, biar polis dan mahkamah yang selesaikan. Kalau masalah dalaman Gayong??? Siapa yang perlu selesaikan? Siapa lagi kalau bukan orang Gayong sendiri.
Ambo sebenarnya sudah tak tahan dengan pe'el perangai sesetengah jurulatih Gayong di daerah-daerah kecil. Bukan kerana gelanggang itu kekampungan. Tetapi lebih kerana sikap perangai jurulatih yang merasakan merekalah "guru" gayong paling tinggi dalam daerah itu.
Berbalik pada kes kita. Kisah dua orang anak buah ambo, bersekolah di satu sekolah di pasir puteh. Kedua-dua ni, pergi sambung belajar silat dengan sahabat ambo di Machang atas beberapa sebab. So apabila PSSGM minta wakil dari Kelantan, dua orang ni join laah group pasir puteh yg lain ke kompleks sukan Kg Pandan untuk pertandingan peringkat kebangsaan.
Nak dijadikan cerita, sejak dari awal sahabat ambo dah bagi amaran pada dua orang ni, berhati-hati ke sana sebab mereka berdua "menumpang" jurulatih pengiring yang otak nya dah tak betul. Ambo malas komen pasal sifat peribadi jurulatih ni sebab blog ambo bukan tempat nak mengutuk orang. Cukup ambo cakap, baru sangat aktif balik dalam gayong. Berhenti dulu pun dengan pakai merah.
Ok, so apa kes nya? Budak dua orang ni duduk dalam bilik yg mengandungi 4 orang. Kita namakan 2 budak ni sebagai S dan D. Yang berkongsi bilik dengan dieorang H dan A. Dalam pukul 4 ptg gitu-gitu S dan D ni tidur petang. Yang ada dlm bilik selain dua ni budak A yang dok baring-baring tapi tak tidur. So pukul 5.30 petang, si D tersedar. Dia tengok S tengah tidur lagi. A pula dok baring-baring main telefon lagi. Si D terkejut sebab telefon dia yang letak di sebelah bantal hilang. Tapi dompetnya masih ada di situ. Dalam dompet ada duit beberapa ratus RM. Bawah dompet tu siap ade RM10 lagi. Tapi dompet dan duit tak terusik. Dia tanya si A, ada sesiapa masuk dalam bilik ke tidak. Si A cakap tadi masa si D tidur, ada dua orang masuk. Yang pertama si F. Yang kedua si M. D terus kejutkan S. S bangun, baru perasan, hp dia pun hilang. Letak atas meja, sebelah komputer si F...
Jadi kedua-dua ni pon pegi laaa tanya si F dan si M ni, tanya ada ternampak telefon ke tidak. Kedua-dua ni kata tak nampak apa-apa. F kata dia masuk nak amik laptop dia je. M pula kata dalam pkul 5 dia masuk, tengok hp ada situ lagi. Dia mengaku pegang hp D, dan main-main sebelum letak balik dan keluar. Itu cerita suspek F dan M.
Lalu kedua-dua report pada jurulatih. Yang pertama senyap beberapa ketika tak bagi respon, dan bersikap acuh tak acuh. Lepas tu si jurulatih cakap... "Ni mesti geng2 Johor yang curi ni". (si jurulatih ni dari awal cakap kat budak2 dia xpuas ati dengan jurulatih johor. siap kata kalo ada can nak "gocoh" jer) . Siap kata kat budak2 dia nak pecahkan pintu geng johor lagi nak buat spotcek. Tapi tak buat poonn......
Yang kedua berubah muka, pastu kata nak pergi spotcek. Dia naik, tak sampai beberapa minit turun balik kata dah spotcek. Spotcek apa, siapa, di mana, dan cara mana dia buat takde sapa yang tahu. Tapi melihatkan masa yang dia pegi spotcek tu, rasa2 macam masa masuk tandas, buka zip, kencing, basuh, lap-lap tangan, dan keluar....... dia pakai ilmu spotcek bengkung kuning kooott......hehehehe
Yang budak F tu, bila ditanya ada nampak apa2, berubah muka, nampak takut. Tapi tak ngaku. Yang M pon menjawab dengan menggelabah. Bag si M ni ade sekali dalam bilik budak berdua mangsa tu. Si M ni terus amek bag dia cepat2 bawa lari. Tak sempat si S dan si D ni nak cek. Dua orang ni nak kejar dan cek, tapi terasa kedua jurulatih buat-buat "Bekeng". Jadi nak taknak terpaksalah dua-dua ni terima hakikat HP kena amek dgn member sendiri....
Jadi ambo balik hari tu, ambo pergi balai polis dengan si S dan D. Minta nasihat dan pandangan. Saksi ada. Apa susah. Tapi ambo pikir kalo buat repot, kesian anak bini jurulatih tu pulak. Ambo pon telefon dia. Dia kata tak ada kat rumah, nanti dia balik. So janji pukul 2 ptg. Sementara tunggu si jurulatih ni, ambo bawak si S dan D ke rumah jurulatih sorang lagi. Tanya apa yang berlaku sebenarnya. Budak M, suspek tu, adik jurulatih ni. Tengah dok bincang2, si jurulatih yang janji nak jumpa ambo pkul 2 tu tepon jurulatih yang dok depan ambo ni. Dia tak tau ambo ade situ. Nampak macam menggelabah semacam. Bunyi macam nak lari taknak jumpa ambo. Dasar pondan takde telur. Siap hantar sms kt member dia tu tanya apa yang ambo tanya.
Ambo waktu tu dah mula syak dah. Bukan budak M dan F tu yg terlibat. Ambo syak si jurulatih berdua ni dia punya mastermind. Paksa budak dua ekor tu mencuri. Sebab mustahil jin yang ambil. Mustahil Bangla pecah masuk sebab saksi kata hanya 2 orang yang masuk dan pegang Hp tu.
Dalam pkul 2 lebih kami sampai rumah jurulatih sorang lagi. Ambooi... siap gantung bengkung hitam chula 6 kat dinding rumah dia. Bila masa pulak dia naik hitam. Chula 6 pulak tu? 12 tahun lepas, merah baru. Lepas merah setahun sekali datang tunjuk muka time kursus. Mengajar benda lain tak tahu, dok pakai modal "bunga tanjung malam pertama" je buat lawak dalam gelanggang. Hehhehehehe... skang dah hitam 6?!!!!! hehehe harrruuuuummm nama pasir puteh. Ada mahaguru chula 6 di kg jerat semata pasir puteh. Jadi buat kali kedua nya Gayong Kelantan ada chula 6 automatik, selepas Gua Musang. keh keh keh. apa-apa laahhh brader. Buat ape yg demo suko.
Awal-awal perbincangan dan nampak kedua jurulatih dok bekap si M. si F takde kat pasir puteh. (jangan risau, ambo datang cari dia dalam masa terdekat) si M nampak mcm nak mengaku, tapi jurulatih bangang tu naik-naikkan suara. Pastu siap tepuk meja menjerit kat budak D sebab kes pecah pintu geng johor. Nasib baik ambo ade, bayang lah keadaan dua budak tu sepanjang dengan jurulatih setan ni. Nak jadi cerita, budak yang kena tuduh disuruh bersumpah Al-Quran oleh abang dia sendiri. Kasihan ambo lihat. Terketar-ketar dia pegang Al-Quran. Budak baik, tapi kongo, mcm kena paksa. Banyak kali dia dia terdiam dalam bersumpah, terutama bila sebut "laknat turun pada aku, keluarga aku, akademik aku....". Muka pucat, mata tunduk tengok ke lantai. Ambo sekali tengok dah tahu budak M ni menipu. Kasihan. Tapi sebab takut kena pulau atau marah oleh abang dia yang juga jurulatih, dan jurulaih setan yang satu lagi, maka dia teruskan juga sumpah dia. Ambo doakan Allah tunjuk yang mana Haq dan yang mana Batil.
Habis je M ni bersumpah, budak S dan D diminta bersumpah berkata benar dengan maklumat yang mereka bagi. Tiada tanda penipuan. Tenang, terang dan lancar. Mana tidaknya, kalau tidak bersalah, apa yang ditakutkan. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Habis je sesi sumpah laknat, ambo dan budak2 tidak membuang masa duduk di situ. Ambo tidak menulis meminta saudara-saudari menghukum siapa betul dan siapa salah. Tapi ambo menulis ini ditujukan kepada kedua jurulatih tu yang tengah membaca entry ambo ni. Ingat sikit, demo buat zalim ko anak-anak buoh demo. Mungkin Allah tak balas ko demo. Tapi Allah turunkan pembalasan pado anok-anok demo, bini demo, mak ayah demo atau ahli keluargo yang lain. Sumpah dan Al-Quran pun demo buat main-main. Demo paksa budok bersumpah, jangan ingat laknat turun pado budak yang bersumpah sahajo. Kalu dio bersumpah tanpa kerelaan dio, maka turun laknat pada dia dan jugo pada yang memaksa. Ibarat kata para hukama', kalau terjadi apa-apa yang buruk, jangan salahkan orang lain melainkan diri sendiri....
satu lagi. Gayong ini ado daulat dio. jgn ingat ambo tok pesan.....
Berat kes nie...sumpah laknat tue
ReplyDeletemaaf tok guru..hamba x main silat..cuma main kuali..sumpah laknat x mau..sumpah kuali mau..hahaha
ReplyDeleteSumpah dah jadi murah skang. Buat salah pun berani bersumpah. Susah mcm ni bro Hakim. Lagi takut kat manusia dari Allah... Nauzubillah.
ReplyDeletekita tunggu dan tengok je laa. Allah tu Maha Adil. sek2 dia buat naya, kita dah berserah pada Allah. mungkin masing2 tak rasa mati tu dekat, hisab itu pasti, sebab tu buat ikut rasa nak jer. ape2 pun, ambo dan saudara2 segayong tetap berpegang dgn prinsip "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"...!!!!
ReplyDelete