baru pulang dari taiping. dok relek2 baca komik. puas baca komik layan internet. ade beberapa perkara datang pada fikiran ambo. nak baca boleh, taknak sudah. cuma disebabkan kerana gayong perdana yang akan diadakan nanti adalah "antarabangsa", maka topik yg nak diperbualkan di sini pon berkenaan dgn hal itu. ambo bukanlah orang yg hebat dlm gayong. masih baru dan masih muda. tapi yg bezanya rezeki ambo yg jauh ke perancis. bila di sana, untuk mengelakkan ambo hanyut hilang tanpa tujuan dan hilang ilmu perguruan dalam diri, ambo ambil inisiatif untuk membuka gelanggang. seawal 2003. seingat-ingat ambo, tahun 2005 guru ambo Tuan Haji Mansor datang, dibawanya sekali surat kebenaran dari arwah cikgu siti kalsom mengizinkan gelanggang dibuka di perancis. hakikatnya, membuka gelanggang bukan perkara yang senang. Gelanggang di perancis ambo buka dengan membuat perlantikan AJK dan perlembagaan dan didaftarkan pada bahagian pertubuhan di bandar Montlucon pada waktu itu. Gelanggang pula ada yang tetap, dan ada yg berubah-ubah tempatnya kerana ambo masih pelajar waktu itu. Perbelanjaan tak perlu diceritakan, lebih banyak yang dibelanjakan dari yang dapat.
cuma ada sesetengah guru silat, yang datang ke oversea, duduk beberapa lama untuk mengajar, ambil gambar dan pulang ke tanahair bercerita dengan gahnya tentang kehebatan usahanya. Ambo puji pada guru-guru sebegini yang sanggup berkorban untuk mengembangkan ilmu tinggal anak ini, lagi2 untuk Gayong. Apa yang dicapai itu, kalau elok maka eloklah. kalau tak elok, itu masalah dia. Tetapi apabila ia melibatkan diri kita, maruah kita, gelanggang kita, dan anak-anak murid kita, maka takkan hendak dibiarkan fitnah itu berleluasa? Gambar boleh diterjemah kepada seribu cerita....
ambo ulang, ambo tidak sehebat guru2 Gayong yg lama di perantauan seperti Cikgu Sulaiman, Cikgu Mufti, Cikgu Ariffin atau Cikgu Sam. tapi cukuplah pengalaman yang ada selama hampir 8 tahun untuk membolehkan ambo berkongsi keadaan di sana. Membuka Gelanggang di Eropah adalah perkara yang senang pada permulaannya. Tetapi yang susahnya adalah untuk mengekalkannya. Disebabkan kerana kualiti pengajaran dan pemelajaran, pentadbiran, infrastruktur, professionalisma, bahkan kejujuran perlu diambil kira.
amat senang untuk ke satu2 tempat, menawarkan diri membuat workshop/bengkel/kursus percuma untuk silaturrahim. kerana orang2 eropah memang dahagakan ilmu, dan suka berkawan. menjemput guru perguruan lain ke dalam gelanggang berkongsi ilmu adalah perkara biasa di eropah. bukan seperti di malaysia yang mana gurulatih gelanggang akan merasa terhina orang lain mengajar di tempatnya.
Tetapi untuk mengekalkan gelanggang itu bukan perkara yang senang. Selepas setahun, berapakah ahli yang memakai baju Gayong yang masih datang ke latihan? selepas 2 tahun, berapa ramaikah yang sudah ke Bengkung Putih dan Hijau? Selepas 3 tahun, adakah yang sudah mencapai tahap bengkung merah sebagai jurulatih? Dan begitulah tahun2 seterusnya. Ahli Gayong perlu bertambah dari segi kualitinya, dan perpaduannya.
Kerana itu, sebelum kita berani bercakap "oh, saya sudah buka gelanggang di negara itu dan itu", maka tunjukkanlah buktinya. Ramai yang datang untuk mencari duit senang di negara eropah. Kalau kena caranya, bagus lah. Tapi yang menipu, memfitnah, melaga-lagakan orang, merampas, memaksa dan sebagainya bukanlah cara seorang guru Gayong. Mahu menilai pencapaian gurulatih di luar negara, maka perlu datang tengok dengan mata kepala sendiri. Lihat apa yang ada. Banyakkah muridnya? Semakin berkembangkah? Atau hanya "Indah khabar dari rupa"....?
Tak perlu komen apa2. cuma, sedar2lah kesilapan diri. tak perlu dicanang kepada semua orang mengatakan diri kita difitnah oleh orang tu, difitnah oleh orang ni. Nampak sangat kalutnya. Terlebih-lebih menegakkan benang yang basah akan memakan diri. Jangan paksa orang dedahkan bukti aib perbuatan buruk kita. Dah orang dok diam-diam pun dah cukup bagus tak buka angkara kita. Rehat2lah. Selagi ada masa kita hidup, guna masa yang ada untuk perbaiki kesilapan kita. Minta maaf pada orang yang kita pernah tikam belakang dulu. Minta maaf pada murid yang kita pernah peralatkan dulu.
nak bertanya cerita luar negara, hanya yang berada di sana sahaja yang tahu keadaannya. Behati-hati bercakap... kelak akan makan diri...
gayung pon ada politik juga ke cikgu? huh!
ReplyDeleteeqybal, Gayong ke, UMNO ke, PAS ke, asalkan mana2 ada pertubuhan/organisasi, pasti dan pasti ada politik. yg jadi isu di atas, ambo secara ikhlas menyokong mana2 guru yg mmperjuangkan Gayong rata2 di dunia. biarpun berbeza pertubuhan dan pendapat, ambo tetap sanjung. tapi dlm kes ini, bukan sahaja ambo jemput naik ke rumah, bagi makan bagi minum, bagi tmpat tidur. sekali nampak peluang cantik, nak ambil rumah ambo dan tendang ambo keluar. kalau dia datang, buka tanah sendiri, bina rumah sendiri, tak apa. kami boleh berjiran, hidup aman damai. sama tolong menolong. tapi kalau kita sudah dijatuhkan maruah di rumah kita sendiri, takkan nak dok diam diri aja.... dok diam tu dayus. menunduk tu bodoh. bak kata guru ambo.... tak berani tak berguru. takut sangat tak bertuhan...
ReplyDelete