Saturday, January 14, 2012

MAJLIS GURULATIH PSSGM PAHANG 2012

Ahli-ahli mesyuarat


Tuan Pengerusi & YDP PSSGM Pahang


Saturday, 14th of January 2012, at Youth Centre of Pahang


Alhamdulillah, PSSGM Pahang baru selesai bermesyuarat hari ini di Pejabat Belia Kuantan. Sebagaimana yang diamanahkan oleh Majlis Gurulatih yang baru dibentuk, ambo diminta untuk mengwar-warkan (memasyhurkan) perlantikan kali ini. Mesyuarat ini diadakan untuk melantik AJK bagi Majlis Gurulatih Negeri Pahang bagi 2012. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YDP PSSGM Pahang, Cikgu Rahim Masrom dan seramai 28 orang Gurulatih dari seluruh Pahang telah hadir dalam mesyuarat ini. Berikut adalah perlantikan yang dibuat sebulat suara oleh ahli mesyuarat:


MAJLIS GURULATIH PSSGM PAHANG 2012


PENGERUSI:

Cikgu Rahim Masrom


NAIB PENGERUSI:

Cikgu Shaiful Hakim Mohamed Noor


SETIAUSAHA:

Cikgu Mohd Farizal Abdullah


BENDAHARI:

Cikgu Zaki Ahmad


AJK:

1) Cikgu Abdul Hamid Shariff

(Bentong)

2) Cikgu Amru Omar Abdul Hamid

(Kuala Lipis)


3) Cikgu Mohd Khairul Anuar Ahmad

(Pekan)


4) Cikgu Anuar

(Maran)


5) Cikgu Rahmat

(Bera)


6) Cikgu Mohd Ropi Abdul Rahman

(Kuantan)


7) Cikgu Ariffin Bastan
(Kuantan)


8) Cikgu (Ustaz) Raduan

(Jerantut)


Unit Kira-Kira & Audit Dalaman:

Cikgu Mohamad Reda Arshad & Cikgu Hafiz Hamdan


Mesyuarat Gurulatih yang pertama kali diadakan ini diharapkan dapat mengeratkan perhubungan sesama Gurulatih PSSGM Pahang dan memantapkan lagi organisasi Majlis Gurulatih ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. InsyaAllah. Ambo mengambil peluang ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP Pahang, dan Gurulatih-Gurulatih Pahang di atas jemputan dan menerima ambo sebahagian daripada keluarga Gayong Pahang, walaupun ambo orang Kelantan, dan masih erat dengan pentadbiran negeri PSSGM Kelantan. Semoga, PSSGM negeri semakin professional, dan semoga penyatuan kita menjadi pemangkin penyatuan Gayong Pantai Timur, dan Gayong-Gayong se-Malaysia dan se-Dunia. Amin.

No comments:

Post a Comment