Wednesday, January 11, 2012

Gelihati Membaca Kertas Jawapan



2 minggu yang lepas, kami di Naga Rantau selesai Ujian Praktikal dan Ujian Teori sebelum study week di akhir semester. Ujian Praktikal dilakukan di kampus Pekan dan Gambang. Ujian Teori sebanyak 20 soalan yang dipecahkan kepada 4 bahagian: Falsafah Gayong, Silibus/Pelajaran Gayong, Adat Gayong dan Sejarah & Pentadbiran Gayong. Sambil ambo sibuk marking exam semester student ambo subjek Thermodynamics dan Fluid Mechanics, ambo jenguk2 exam anak-anak Gayong Naga Rantau.....



Jawapan Anak-anak Gayong yang masih muda remaja ini berjaya menceriakan ambo yang terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi fakulti dan universiti. Geli hati sungguh. Hehehehhe. Ambo bagi contoh beberapa jawapan yang agak di luar jangkaan. Buat pengetahuan, mereka ini adalah murid yang diuji untuk peringkat pertama iaitu bengkung Awan Putih. Tapi diakhir ujian diminta nyanyikan lagu Gayong. Adusss.... fail!!!! ;)

Apa-apapun, tahniah di atas kejayaan, bagi yang gagal, harap jangan putus asa, kita jumpa lagi semester depan ye. InsyaAllah....! ;)


Boleh undi, jawapan mana yang "terbaik"??? Menang kita bagi keychain Effeil Tower. 8D


maksud lambang Naga: Boleh dipraktikkan di laut? hehehhehe... boleh ajer....nak atas langit pon boleh!

maksud Bejana air: simpan ilmu untuk diri sendiri? Ambooii..... kedekot nyeeerrr... hehhe

Adab dalam Gelanggang: Jangan cabut rumput.....

ni mesti hobi suka cabut rumput ni heheh


Maksud warna Gayong:

Merah itu Darah Kesatria.... perghhh.... semangat panglima! ;)

Satu nama kunci mati: Patah Gayong..... aduhh... patah patah... ;)


Lambang Naga: di laut. Harimau: di darat. Apa yg di laut dan di darat tuuu...


Adab Gelanggang: Jangan menyampuk ketika buka Gelanggang.

Haaaa dengar tu! Diam!! Dan jangan nak menderhaka pulak, TULAH! hehehe


3 majlis utama pertubuhan... MT, MG, MA dan "Majlis Gelanggang"?




Adab dlm gelanggang: Jangan Bunuh Binatang. Hehehe. Mcm syarat dlm ihram jer. Boleh tambah "tak boleh nikah". hehehe







nama contoh pecahan pertubuhan Gayong: Gayong Makrifat???? ;)



Contoh nama kunci mati: Kuda Gila?? Itu kombat & pukulan...

Naga Berantai mana ada.... nanti Naga Rantau create kunci Naga Berantai keh keh keh


Soalan "apa yang kamu faham tentang "Sandang"?":

Sundang & Sundang Lipas? keh keh keh


Contoh nama kunci mati: Naga Berantai, Kilas Naga Berapi Chula Lima, Tapir Berantai... hahahahhahaha. ni mesti pengaruh kungfu panda ni.

adoooii... nampak gaya mmg Naga Rantau kena create kunci-kunci feveret ni hehehe.

2 comments:

  1. perlu ada teori test gak ke? mne sempat nk test2 ni... nanti nak g korea balik...

    ReplyDelete
  2. hehehehhe. ujian teori ni zaman kita je. sb zaman Dato' dulu dia hidup lagi, senang nk tanya apa2. zaman kita kena dokumentasikan, dan pngetahuan itu sgt penting, di samping praktikalnya. ;)

    ReplyDelete