Wednesday, February 23, 2011

SOALAN ADIK BERBENGKUNG MERAH

Jangan sekali kali lupakan sumpah dan ikrar kita semasa dimandikan....




Adik ambo juga anak gayong. Yang sebenarnya, dulu2, abang sulung ambo pun anak gayong di UKM, kakak sulung, kakak nombor dua, adik perempuan, adik lelaki lepas dia dan adik lelaki yang bongsu semua anak Gayong dari sek. men. keb. kamil. Gelanggang Pasir Puteh. Yang lain semua sempat hijau. Adik bongsu ni alhamdulillah baru merah. Sebagai jurulatih muda, terlalu banyak yang dia perlu tahu dalam Gayong. Abang dia ni pun bukannya orang lama, cuma adalah sikit2 pengetahuan tu.

Peringkat ini, anak Gayong mula tapak pertama nya dalam pencarian ilmu Gayong yang sebenar. Sebelum ini, yang dia tahu hanya Buka Tutup gelanggang, mandi tapak seni dan minyak, Kunci mati 21, Pukulan 21, elakan2, sikit simbat, sikit pisau, sikit keris, dan seni tangan kosong yang lain. Bukannya tak ada maklumat berkenaan Gayong dalam internet, berkenaan Mahagurunya, Guru2 nya, adat2 nya, silibus2 nya, tetapi bukan senang menggapai tanpa panduan. Inilah peranan setiap Abang dalam Gayong. Menyampaikan ilmu tanpa disembunyikan.

Paling mudah, ambo beri Adik tu "study" buku karangan Dato' Wan Fauzi, "Mahaguru", "Selayang Pandang" dan "Adat dan Kuasa Organisasi Gayong". Beberapa malam juga dia study. Habis yang tu ambo bagi lagi buku gayong peribadi ambo, catitan berkenaan Gayong. Ambo juga meluangkan masa bersama dia berkenaan perbezaan "mazhab" dalam Gayong. Perbezaan pertubuhan juga ambo ceritakan. Mana2 cerita dan pengalaman guru tua yang ambo tahu ambo sampaikan padanya. Bulat matanya bila tiba bab kehebatan orang2 lama. Tapi menggeleng kepalanya bila bab perpecahan Gayong....

Sebagai seorang Jurulatih, Gurulatih atau orang yang sudah tahu serba sedikit, amat perlu kita melengkapkan diri dengan maklumat, berita, cerita dan ilmu. Adik Gayong bertanya: Yang terutama, agak2nya, betapa ramaikah yang tahu maksud asal kenapa belajar Gayong. Kenapa kita mesti belajar Gayong? Ke mana arah tujuan kita??? Apa yang kita perlu cari dan tuntut dari orang2 lama? Siapakah orang "lama" yang sebenarnya?? Yang manakah ilmu Gayong yang tulen, atau yang mana yang telah dipecah-pecahkan? Mana yang ibu, mana yang anak? Apakah adat2 dalam Gayong? Apakah upacara2nya?? Kenapa perlunya setiap adat itu dilaksanakan? Apakah kuasa sandang, bengkung, gelaran dan ijazah? Dan yang pasti, apakah amalan2 kebatinan dalam Gayong? Dan apakah penamat ilmu Gayong itu..???

Apabila kita tahu semua ini, yang terkadang memakan masa yang sangat lama, maka hati kita akan tenang. Hati tetap tenang walau difitnah, diperlekeh dan dicaci. Kerana orang yang berilmu tak jatuh darjatnya bila difitnah orang yang jahil. Sepanjang duduk di Pasir Putih, rasa gembira juga dapat meluangkan masa dengan adik2 Gayong yang sudi mendegar nasihat. Ambo bukanlah seorang Guru, tapi hanya seorang abang yang sedar arah tujuan kita dalam berGayong. Ambo pun masih berguru, masih dahagakan ilmu setitik dua dari orang2 lama. Yang ambo faham dalam mencari guru yang sejati ini ialah, Guru yang terbaik, dapat membantu seorang murid yang lemah kepada cemerlang. Guru yang terbaik, membantu muridnya menjadi lebih baik darinya. Guru yang terbaik, mendidik dan mentarbiah muridnya agar menjadi hamba Allah yang sebaiknya.....

Adik... faham ko dop tu???

Adik mengangguk tanda faham. Alhamdulillah... moga2 pencariannya istiqamah....Amin!

2 comments: