Dunia ini pentasnya
Kita ini wataknya
Ceritanya macam2
"Dalang"nya Satu
Dalam cerita, watak berperangai macam2 sebagai penambah perisa. Cerita akan hambar bila tiada suspennya. Cuma kadang2, kita tidak sedar watak kita itu watak yang jahat, keji, kejam, dan pemfitnah. Juga mungkin kita tak sedar yg watak kita itu pengubat, penguat, dan tulang belakang cerita. Tiada kita, tiada ceritanya.
Jarang2, duduk jadi penonton baru tahu cerita sebenar. Baru menghayati pengajaran sebenar. Atas pentas kita berlakon, di bawah itu reliti. Kerana itu, IBADAT itu merehatkan kita. Rehat sejenak untuk melihat "cerita" kita. Watak kita.
Geleng kepala, apabila watak baru, yg jahat, dalam cerita kita yang tidak malu, tidak tahu, dan tidak mahu merubah wataknya pada lebih baik. Dia suka berperwatakan begitu. Talam dua muka, melaga-lagakan sesama saudara, menikam belakang dan kipas orang atas pijak sahabat itu kepandaiannya. Kerana "Pentas" itu yg dikejarnya. Mujur kita berehat sejenak, sedar juga yg pentas itu bukan rumah kita. Akan tutup sekejap lagi.
Syukur juga watak-watak begitu dihantar sebagai penghias cerita kita. Cerita makin bagus. Kita dapat mengukur diri. Kita dapat pohon pada "Dalang", jangan sekali kali diberi watak buruk itu....
Dalang itu sangat baik (Maha Baik) dzatNya. Maha Adil. Satu masa, watak baik menang, watak jahat kalah. Tapi Dalang selalu beri pilihan, untuk melihat Iman Yakin kita. Mana yg kita mahu pilih:
Watak jahat dibuka aibnya, dihina sehina-hinanya hingga tidak mampu bangun dan hancur.
Atau biarkan si luncai dengan labu-labunya, tetapi sebagai balas kita diberi ilmu, pemahaman, ketinggian, kenikmatan, dan kehormatan setinggi-tingginya.
Maka watak ini hanya mampu untuk pilih pilihan yang ke-2. Biar Dalang yg menghukum si watak itu di mahkamahnya kelak. Tapi minta izin Dalang, kalau maruah kita diuji lagi, tolong izinkan watak ini amal Berani kerana Benar.
-cucu Tok Bakar wayang kulit-
No comments:
Post a Comment