TO LIVE AND TO SURVIVE ARE BOTH THE ART OF NATURE. To do or not to do. Already done or will not be done. Are not the things. We are capable to choose. We can do. We can change. We can fight. But the end. Will be only what the destiny reveals. A man always dreams. Beyond his own cage. Called as death. Hi's stepping forward. Enduring all the suffering and pain. Till the time ends. And last drop found. Until then, the journey must continue...
Wednesday, December 5, 2012
Blues Peringat Diri...
Pejam celik pejam celik dah di hujung tahun 2012. Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun berkidmat di UMP ni. Student pun dah masuk 4 group dah yg ambo ajar subjek fluids mechanics, thermodynamics dan thermofluids engineering lab. dah masuk group kedua jadi supervisor final year projects students dan industrial training kat FKP ni. dah hampir setahun jadi pengetua kolej, dan hampir dua tahun sebagai penasihat silat seni gayong kt ump ni.
yang pasti setiap pensyarah kena sambung study secepat yg mungkin selepas menyelesaikan tugasan2 yg perlu dibuat sepanjang 2-3 tahun pertama di UMP. InsyaAllah masuk tahun baru 2013 akan selesai syarat2nya n get ready utk sambung belajar. insyaAllah, semoga Allah panjangkan rezeki dan luaskannya di serata bumi. ada rezeki di sana, sampailah ambo....
bertahun-tahun di negara orang tak sama dgn negara sendiri. dulu di negara orang masih pelajar. sekarang di negara sendiri dh jadi tenaga kerja, pegawai kerajaan. suasana lain, cabaran lain, stressnya pun lain. dok di negara orang syok, negara sendiri lagi syok. tapi hujan emas negeri orang pon, baik di negeri sendiri walopon berhujan batu.
Silat dah jadi tanggungjawab buat ambo. kalo dulu sebab minat. tapi "sumpahan" ilmu silat ni kalo tak diajar balik, ia akan hilang dari diri. hanya yg mengajar sahaja boleh melekat ilmu tu. yg pasti ambo suka pada ilmu, suko cari guru, suka bersilaturrahim, dan suka berkongsi n mengajar ilmu silat pada adik2, anak2 muda yg mahukan ilmu ini. Tohmahan orang bukan sedikit. Tuduhan orang bukan tak banyak. Hasad dengki orang sudah jadi kebiasaan. Tapi pegang teguh pada pesanan guru ambo, "buat kerja kita Kim.. tak payah tgok org lain".
InsyaAllah seandainya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, ada masa setahun sahaja lagi untuk meneruskan perjuangan di UMP sebelum berangkat. Buat anak2 Gayong di UMP ni, masing2 kena jaga betul2 perjuangan. semangat kena menten. Jadi benih yg baik, dibuang ke lautan mana pun akan jadi pulau. nak jadi benih yg baik masing2 dh dibekalkan dgn ilmu. yg tinggal adalah "mengamalkan" ilmu itu. 2013 ialah masa ujian utk para jurulatih dan gurulatih anak2 naga rantau gelanggang UMP. nak tengok setara mana ilmu di dada. akan megah lagi kah bahtera naga rantau, atau sudah karamkah nakhoda dan awak2nya?? atau masih ada yg bangkit pertahankan panji walau tiada lagi bahtera gergasi, walau hanya dalam sampan kecil....
Guru-guru ambo.. ambo rasa sgt bertuah n bersyukur dpt menuntut harta yg berharga dari cikgu2 semua. minta halalkan semua ilmu makan minum. ambo rasa tak terbalas jasa n budi cikgu2 sekalian. tak terbalas dgn wang ringgit. tak terbalas n termampu utk sentiasa menjenguk kerana kekangan masa dan tugas. pada sahabat2 seperjuangan, terima kasih kerana masih menyokong, memberi semangat dan tolong menolong. semoga silaturrahim kekal hingga ke syurga.. pada murid2, anak2 didik, minta halal terlebih terkurang. termarah ter'sound' terpukul dan lain2. jgn kecik ati. jgn patah ati. jgn hilang semangat. yg tersemat di hati luahkanlah. halal menghalal jua dipohon dari ambo.
Muharram bulan mencari ilmu. Joommm.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment