Thursday, December 20, 2012

STUDY WEEK....

Jarang-jarang balik kampung, tak puas duduk kejap. almaklumlah. Jumaat malam gerak. Sabtu rumah mak ayah. Ahad rumah mertua. Malam tu dah gerak balik UMP dh keja. Kalau dulu zaman student, atau time tak keja lagi, byaklah tempat nk berziarah. Nak jumpa guru2 ambo di kelate pon tak sempat. Semoga len kali ada rezeki lagi.


Balik dari Singapore hari tu team Naga Rantau dijemput berdemo sempena dinner Majlis Aprisiasi KK5. Antara yg dipersembahkan mcm biasa Team Kombat, Keris, Golok dan juga kipas. Sahabat2 ada bertanyakan ambo berkenaan Teknik Kipas yg dipersembahkan oleh anak2 Gayong UMP. Dari Gayong kah?? Ambo jawab, bukan.... bukan dari ADMAR teknik kipas ni. Ambo ambil ilmu ni dari guru ambo di Sulawesi Selatan yg bersusurgalurkan Putera Daeng 7 Beradik juga. Kipas ni diperkenalkan dalam Gelanggang kami di UMP utk team persembahan Puteri Cenderawasih.


Minggu ni student2 UMP mula bizi. ade yang test, ade yg present final year project. ade yg hempas pulas setelkan projek subjek. Student fluid mechanics ambo amek test 2 hari ni. ambo doakan sumo bule jawab dgn baik insyaAllah...


 Dalam nak menyapkan projek dan stay up di lab malam2, nasihat ambo pada student, jagalah safety. bukan ape, takut kemalangan ke ape. dah lah final semakin hampir, kalo boleh elakkan perkara2 yg bole menyusahkan kita nanti. nak running machine, safety boot at least pakai lah....


Kami pon baru lepas taklimat dan dialog disiplin dan keselamatan utk KK5. semoga sesi dialog semalam memberi manfaat pada semua. Jadi cikgu silat, tapi tugas pensyarah dan tugas pengetua perlu jalan seiring... ok minta izin dulu. salam...

No comments:

Post a Comment