Monday, March 18, 2013

Kunjungan UiTM Jengka


Dalam keadaan dok melayan movie sabtu lepas, tetiba pintu rumah pengetua diketuk orang. Diberi salam. Cek punye cek, hmmm, geng UiTM Jengka datang bertandang. UiTM Jengka ni anak-anak buah Cikgu Azman Parang Gila yg famous tu. Jadi kami amek peluang bertukar-tukar berita, dan biasalah bercakap hal-hal Gayong. Jauh datang menziarahi ambo di teratak kecil, cuma yg tak tahan memang surprise betul tak bagitau sepatah pon nak datang. nasib baik langkah kanan ambo tak keluar mana2 kebetulan pagi tu heheheheh. Hajat yg disampaikan tu sangat besar. InsyaAllah, kalau Allah izin, akan kita buat sama-sama. Boleh buat program bersama UiTM Jengka bersama UMP. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Ini adalah kunjungan ketiga Jurulatih UiTM Jengka. Pertama kali ke Gambang, tak silap tambah silibus Parang. Kali kedua ke Pekan, tambah silibus Pisau dan Cindai. (Lupa dah..) Dan ketiga ni planning2 utk buat kerjasama. INsyaAllah, kita sama2 doakan. Bagi anak-anak Gayong UiTM Jengka, siap sedia, jangan mengalah, kuatkan semangat, kuatkan silaturrahim, dan ingat bahawa walaupun umur muda, tanggungjawab membawa nama Gayong tetap berada atas bahu kita. 8D insyaAllah, semoga next time jumpa dalam program bersama.

No comments:

Post a Comment