Wednesday, April 3, 2013

JATIDIRI BUDAYA MELAYU

Pokok angkat ambo...

Sempena Hari Hutan Sedunia, UMP menjadi penganjur untuk sambutan peringkat kebangsaan. Masing2 dapat pokok angkat untuk ditanam di kawasan reserve UMP Pekan. Ambo dapat pokok baik punye, bernombor 361 dan satu lagi 313. Semoga semangat perjuangan Melayu terus kekal di bumi bertuah ini. Hehehhe. ;)

Parlimen sudah bubar, dan kehangatan pilihanraya untuk menentukan pemimpin negara sudah tiba. Dan setiap warganegara yang sudah sudah berdaftar akan keluar membuang undi. Ambo cuma doakan, agar Allah swt memberi limpah kurnia-Nya agar pemimpin yang soleh, yg bertanggungjawab, yg berjiwa rakyat, yg berintegriti, agar diberi amanah untuk memimpin kami.

Buat Jurulatih-Jurulatih Gelanggang Naga Rantau, ambo minta mereka bergerak dalam satu program khidmat komuniti silat yang telah diluluskan dan disokong oleh UMP untuk menawarkan kelas silat kepada sekolah-sekolah sekitar UMP Gambang dan UMP Pekan. Anak-anak sekolah ini diberi peluang untuk mempelajari dan menghayati seni silat Melayu dan sebagai tempat untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar, jurulatih, guru, pihak sekolah dan pihak universiti. Bagi Jurulatih-Jurulatih yang dihantar mengajar juga akan mula belajar erti susah payah mengembangkan Silat hatta di kalangan bangsa sendiri, dan mula belajar ilmu pengurusan dan ilmu kegurulatihan. Alhamdulillah, gelanggang pertama yang mula latihan ialah di SMK Gambang. Sekolah2 lain di sekitar Gambang dan di Pekan akan mula dibuka minggu ini insyaAllah.


 Anak-anak sekolah diberi penerangan



 Tutup Gelanggang

 Bersama penasihat kokurikulum di sekolah

Pulang ke kampung, ambo berkunjung ke rumah guru ambo Ayah Jak. Ayah Jak ni guru Silat Jatuh, guru tua hebat yang pandai silat tari, boksing klate dan silat lian. Beliau juga cukup dikenali sebagai pakar pembuat gendang tradisional. Alhamdulillah, barang-barang untuk dibawa pulang ke UMP hampir siap semuanya. Ambo dalam proses menubuhkan Pasukan Gendang Silat Tradisional untuk kolej ambo. Penceramahnya bakal orang Kerteh, orang klate yg lama menetap di situ. Tengok gaya permainan memang terbaik dan cara mengajar pun sangat bagus. InsyaAllah selepas cuti mid-term ni, kelas Gendang akan bermula. 4 kali weekend akan digunakan untuk kelas bersama penceramah dan selebihnya latihan intensif untuk persiapan bulan 5 tahun ni. ;)

 Gendang Ibu dan anak

 Gong dan Canang dah siap

Rebab pun dah ready. Tinggal tunggu Serunai Silat dan Serunai Wayang siap

No comments:

Post a Comment