Majlis Adat Istiadat UiTM Jengka alhamdulillah syukur berjalan dengan lancar walaupun pelbagai ujian dan kekangan yang melanda. YDP Pahang Cikgu Rahim Masrom tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan keluarga, begitu juga Cikgu Jasmi Baba yang menerima berita pemergian salah seorang ibu bapa beliau di hari program. Al Fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat Nya yang tidak bertepi...
Walaupun padat dengan program di UMP, pemarkahan final paper dan PSM, juga dengan persiapan program Selangkah ke Alam Pendekar 2, Silaturrahim tetap keutamaan dan tolong menolong adalah tunjang utama semaraknya aktiviti Silat Seni Gayong di Pahang. Anak-anak Gayong UiTM Jengka pernah beberapa kali datang ke Gelanggang Naga Rantau untuk berbincang merancang program ini. Alhamdulillah selepas mendapat keizinan dan persetujuan YDP Pahang, ambo memikul amanah untuk menjalankan majlis adat di UiTM Jengka pada waktu itu.
Sedikit nasihat dari guru ambo dirujuk berkenaan pertindihan dua majlis dalam masa yang sama. Hasilnya, kedua majlis dibuat berasingan dan pukul 2 pagi baharulah selesai kedua-dua majlis ini. Dalam menanti pelajar-pelajar baru yang akan tiba pukul 5 petang, sesi latihan diadakan walaupun ringkas. Pelajaran pecahan kunci mati 1 dikongsi 3-4 biji bersama putera-putera, dan juga Buah Pukulan Wanita 3-4 biji untuk puteri-puteri. Perjalanan majlis penerimaan murid berjalan dengan sebaiknya alhamdulillah, tanpa ada gangguan zahir dan batin. Seramai 36 orang menjalani adat istidat. Selepas pesilat-pesilat ini diterima menjadi murid Silat Seni Gayong, majlis mandi minyak dijalankan. Alhamdulillah, 63 orang bersama berzikir, menyiapkan kelapa, kayu api, dan lain-lain. Pukul 1 pagi minyak siap, dan seperti biasa cepuh minyak, jalan atas bara, terjun atas kaca dan lompat palang api diadakan bagi mengubati keperitan dan "mengupah" kesabaran anak-anak Gayong UiTM yang sangat bersemangat dan kental.
Setelah selesai, maka kami dari UMP pulang pukul 4 pagi, dan sampai ke UMP tepat waktu subuh. Alhamdulillah syukur di atas kemudahan yang Allah swt berikan. Ambo ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada YDP Pahang Cikgu Rahim Masrom di atas kepercayaan dan keizinan menjalankan majlis adat di Jengka. Terima kasih juga kepada Cikgu Jasmi Baba dan takziah di atas kehilangan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Terima kasih buat Gurulatih Jengka, Cikgu Ayoi, dan terima kasih yang tak terhingga kepada Jurulatih-Jurulatih UiTM Jengka, Ijat, Din, dan lain-lain (maaf saya lupa nama-nama Jurulatih lain, insyaAllah next time ada masa bersama kita kenal lebih rapat) yang tak kenal erti penat lelah di atas penganjuran dan pengurusan dan tahniah kerana majlis sebegini adalah yg permulaan buat UiTM jengka dan semoga terus berkembang.
Doa ambo buat anak-anak Gayong KEMUGA'13, teruskan latihan, semarakkan gelanggang dan bersama-sama Jurulatih dan Gurulatih untuk mempromosikan Gayong di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UiTM Jengka. InsyaAllah semoga usaha kita yang sedikit diterima oleh Allah swt sebagi amalan. Amin...
Tapak Perkhemahan Tengku Mahkota
berkumpul
Permulaan/taklimat Mandi Minyak
persiapan bara untuk dilalui
terima kasih ckgu Shaiful. happy ambo sero ckgu mari hari tu.. terimo kasih banyok..
ReplyDeletesama2 naim. hepi sunggoh buleh jupo belako2. minta maaf atas segalo kekurange sepanjang puok2 kami mari ye...
ReplyDelete