Saturday, January 3, 2015

Majlis Silaturrahim Gelanggang Bintang Pelangi Cula Sakti, Jengka 1


Majlis Silaturrahim PSSGM Gelanggang Bintang Pelangi Cula Sakti di bawah Cikgu Jasni Baba telah dijalankan di Jengka 1. Sejarah Gayong di Pahang tidak dapat lari dari Gelanggang pertama yang mana Dato' Meor Abdul Rahman sendiri yang hadir bersama gurulatih-gurulatihnya untuk menjalankan adat istiadat perlimau. Majlis silaturrahim ini dihadiri oleh guru-guru tua di dalam pahang, terutama murid-murid barisan pertama yang dilatih oleh Gurulatih yang ditugaskan ke Pahang pada waktu itu iaitu Cikgu Ahmad Ismail dan Cikgu Azizan Syarif. Malam silaturrahim itu juga selain dari pameran, kehadiran yang berbahagia Cikgu Ahmad Ismail juga adalah untuk memperturunkan beberapa ilmu dan pelajaran bersama Guru-guru tua Pahang dan juga anak-anak muda di sini. Beberapa gurulatih juga diperkenankan oleh beliau untuk diperturunkan Dalang Mandi Minyak dan pelajaran-pelajaran yang lain. Guru-guru tua yang hadir malam itu termasuklah Cikgu Rahim Masrom, Cikgu Shaari, Cikgu Rahmat, dan lain-lain.

Cikgu Mat Putih / Ahmad Ismail / Mat Jepun / Singa Putih


Sedikit sejarah ringkas Silat Seni Gayong di Negeri Pahang sepertimana dalam Buku Majlis Adat Isitiadat Pertabalan Sandang Kebesaran dan Penyampaian Bengkung PSSGm Negeri Pahang 2014:

Kedatangan silat seni Gayong di negeri Pahang bermula pada tahun 1971, apabila majlis perlimau buat pertama kalinya diadakan oleh Dato Meor di Jengka Satu. Pada waktu ini, Dato Meor datang ke Jengka Satu dibawah nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM). Gelaran yang diberikan kepada gelanggang tersebut ialah Gelanggang Bintang Pelangi Cula Sakti. Setelah itu, Dato Meor telah menghantar Cikgu Ahmad Ismail dan Cikgu Azizan Syarif untuk mengembangkan Silat Seni Gayong di felda-felda di Pahang. Dari sini lahirnya gurulatih-gurulatih seperti Cikgu Jasni di Jengka dan Cikgu Shaari di Temerloh.
Kemudian pada awal 80-an, silat seni Gayong telah berkembang ke Felda Chemomoi dan Triang. Cikgu Aziz Syarif yang berasal dari Melaka telah melatih pesilat-pesilat di kawasan ini. Cikgu Kasim adalah salah seorang hasil didikan Cikgu Aziz Syarif. Beliau adalah antara Guurlatih yang menerajui PSSGM Sabah waktu ini. Dengan berkembangnya Silat Seni Gayong di Pahang Barat ini, maka lahirlah gelanggang silat di setiap daerah seperti yang ada pada masa ini.
Di Kuantan juga telah berkembangnya silat seni Gayong. Cikgu Rahim bin Masrom yang berasal daripada PSSGM Negeri Sembilan telah mengembangkan silat seni gayong di bahagian Pahang Timur. Cikgu Rahim bin Masrom telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertua PSSGM Pahang dan dianugerahkan selempanng kebesaran bergelar Pendekar daripada Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah.
Selain itu, Mejar Zam zam telah membantu dalam mengembangkan silat seni Gayong di kem tentera dan belia-belia di sekitar Kuantan. Beliau juga merupakan penulis buku Tempur Tanpa Senjata edisi pertama selain itu,kedatangan Cikgu Fazilah dari PSSGM Kelantan mewarnai juga perkembangan silat seni gayong di negeri ini. Tahun 2014 menyaksikan penyampaian adat  istiadat sandang kebesaran PSSGM Pahang  yang ke-2 sejak tahun 1998 yang pertama dahulu, yang mengumpulkan kesemua guru-guru tua, gurulatih-gurulatih kanan, gurulatih-gurulatih, jurulatih-jurulatih dari seluruh negeri pahang seperti daerah Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Kuala Lipis, Jerantut dan Bera.
Hakikat sebenarnya ramai lagi Gurulatih dan Jurulatih yang bersama-sama berjasa mengembangkan Silat Seni Gayong ini di Pahang yang tidak mampu untuk dinukilkan di ruang sekecil ini. InsyaAllah, bersama kita doakan agar kesemua mereka yang berbakti tanpa mengenal penat dan lelah dalam mengembangkan ilmu ini diberkati oleh Allah swt.

Cikgu Jasmi Baba

"Geng Kopi Pahit".
Pengijazahan wakil Adat Perlimau seramai 21 orang bagi Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan oleh Allahyarham Cikgu Mohd. Razali Salleh (1998)

Ruang pameran

 Persiapan demo

 Persiapan minyak



 Cikgu Rahim Masrom

Gimik majlis

persembahan dari Panglima-Srikandi

Ambil tapak

santapan malam: kelapa berinti sabut hehehe

persembahan yg hebat: sampai patah parang tuu...

mula

cikgu man dan anak-anak nye yg setia heheheh

antara Gurulatih2 PSSGM Pahang yang hadir meraikan majlis.

Ambo ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada tuan rumah di atas jemputan dengan segala layanan baik dari pada makan minum, homestay, cenderahati dan lain-lain. 

"Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Ambo Mengkuang Layu
Dagang Tuan Semua Dagang Bertempat
Dagang Ambo Menumpang Lalu."

Banyak ertinya dalam menghayati persaudaraan dalam Silat Seni Gayong. Untung ambo takdirnya dapat berada di tempat orang baik-baik. Datang sehelai sepinggang, dibuka pintu jalan. Diberi tapak untuk membina rumah. Jasa dan budi baik tuan puan Guru-guru tua sekelian insyaAllah ambo tak mampu nak balas. Semoga sama-sama kita menyemarakkan silaturrahim ini. Sekali lagi, terima kasih cikgu jasmi baba dan geng-geng PSSGM Jengka/Maran atas jemputan. Hayyakumullah. 

No comments:

Post a Comment