Sunday, July 10, 2011

Pisau: Mari Mengkaji....






Seni Pisau adalah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang termasuk dalam Seni Keris. Walaupun dari segi permainannya ada perbezaan dengan keris, tetapi sifat umum nya adalah hampir sama, iaitu senjata pendek dan tajam. Apabila bercakap tentang pelajaran ini, rata2 Gurulatih bercakap tentang Buah Pisau dan Pentas Pisau. Rata2 bercakap berkenaan Silibus. Rata2 mencari Silibus.



Silibus perlu dicari. Kerana itu adalah "modal" mengajar bagi setiap Gurulatih. Silibus mungkin berlainan bagi setiap negeri atau Guru, tetapi kalau ia genuine (iaitu tidak baru dicipta sebulan dua tetapi sudah ada di zaman arwah Dato', Pak Andak, Arwah Cikgu Mat Lazim, arwah Cikgu Razali, arwah Cikgu Siti dan lain-lain) maka mungkin tak jauh perbezaannya. Tetapi seperti pelajaran2 lain dalam silibus SSG, ia masih perlu dilatih untuk dimahirkan. Gurulatih adalah seorang yang berpengetahuan, mahir dalam melakukan teknik, dan bagus dalam pedagogi nya (cara penyampaian ilmu). Tanpa latihan yang cukup, silibus hanya menjadi satu pelajaran yang hanya dihafal dan tidak boleh digunakan sama sekali dalam pertempuran sebenar. Oleh itu adalah menjadi satu kemestian bagi setiap Gurulatih untuk melatih diri sendiri lebih banyak dari melatih muridnya.







Ambo pernah mendengar kisah seorang Master martial art (luar negara) yang tewas kepada seorang remaja gettho yang mahir bermain pisau kupu-kupu (pisau filipina). Ini berlaku kerana pelajaran yang diajar di dalam gelanggang hanya teori semata-mata dan tidak menyeluruh. Ambo juga pernah mendengar kisah seorang pemegang tali pinggang merah SSG yang menumpaskan dua orang lelaki berbadan besar yang bersenjatakan pisau, walaupun dari segi umurnya masih setahun jagung.

Dalam silibus, setiap Gurulatih MESTI faham dan tahu yang mana asas (ibu) dan yang mana applikasi (anak). Petua2 perlu diamalkan. "Bermain" pisau juga tidak lari dari kecederaan, kerana situasi sebenar Reflek perlu dilatih, genggaman perlu dimahirkan dan "MENGENAL" (membaca gerak) perlu diketahui.... Pendek kata, segala ilmu pertempuran (sparring) perlu setiap dari kita mahirkan.






Ambo bukan bermaksud untuk mengatakan ambo pandai ke apa, tetapi sekadar berkongsi pandangan dan cerita. Sebagai Gurulatih, adalah perlu mengkaji satu persatu teknik dalam silibus yang kita ada agar ia sesuai digunakan dalam keadaan sebenar. Kadang2, bukan maksud Guru2 tua yang menyusun silibus itu untuk menipu kita, tetapi kerana takut "Seni","Ilmu","Petua" itu jatuh ke tangan yang tidak baik. Kerana itu bagi yang mengkaji, akan sedar tentang 'efficiency' satu2 kaedah. Bergantung kepada kita untuk mencari dengan berguru dengan orang2 lama, dan dengan 'bermain' dengan anak2 buah di Gelanggang....







Selagi Ada Gerak, Selagi Itu Ada Gayong



Bertahun dok hapal silibus Pisau... alih-alih masa sparring kita pakai elakan pisau jer...... ;)



walhal, itulah asasnya.. ELAKAN.












Latihan Tempur Tanpa Senjata (Modul Pisau) di UMP






No comments:

Post a Comment