Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ambo ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan, dan semoga bulan puasa ini menjadi bulan yang terbaik dalam hidup kita. Ambo ingin juga mengambil peluang untuk memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan sama ada tidak sengaja atau disengajakan kepada sahabat-sahabat, terutama saudara saudari seGayong. Ambo bukanlah umat sebaik Abu Bakar, setegas Umar, sepemurah Uthman, atau sezuhud Ali, ambo hanyalah umat akhir zaman yang mana akan melenting bila dicucuk, marah bila ditikam, melawan bila dihina, membenci bila difitnah. Tetapi harapnya, kedatangan Ramadhan ini akan menjadi masa terbaik untuk memperbetulan iman yakin kepada Ilahi. Mohon maaf sekali lagi bagi sahabat-sahabat ambo yang disebabkan kerana Gayong kita bermusuh. Ambo pun kalau boleh, nak tumpukan segala komitmen dalam mengembangkan seni ini dengan cara ambo sendiri. Demo buat cara demo. Ambo buat cara ambo. Ambo berserah kepada Nya segala urusan ambo dan keluarga ambo.
Siapa Gayong, Aku Gayong, Kau Gayong. Salam Ramadhan Mubarak. Hayyakumullah.
No comments:
Post a Comment