Monday, July 18, 2011

WASIT & JURI

Kursus Pegawai Teknikal Kebangsaan Wasit dan Juri

PSSGM 14-17 Julai 2011


Assalamualaikum wbt,



alhamdulillah. syukur ambo baru abes kursus OSH di NIOSH Bangi, pastu sambung plak kursus pegawai teknikal wasit dan juri di Sungai Congkak. Alhamdulillah, berpeluang juga menimba ilmu dari Cikgu Rasul dan Cikgu Faid, juga Cikgu Zakri dan Cikgu Yek. Tak lupa juga pada Pak Din sebagai urussetia. Pendapat ambo, kursus Wasit dan Juri ni bukan sahaja perlu bagi mereka yang berminat untuk berkhidmat menjadi Wasit dan Juri dalam pertandingan, tetapi juga bagi Gurulatih2 yang menjadi "Coach" bagi anak2 didik mereka. Kalau tak tahu undang2 pertandingan, macam mana nak dapat point, macam mana jadi kurang point, susah jugak nak melatih betul2 punye. So kursus ni juga ambo berpeluang meng"comel"kan lagi jurus tunggal dan jurus wajib. Alhamdulillah abes kursus tiga hari, jurus2 tunggal 100 pergerakan dan jurus wajib 99 pergerakan dah dalam ingatan, buat bekalan untuk mengajar secara confident atlit2 seni....



terima kasih buat sahabat2 peserta seramai 21 orang yang cool dan sangat terbuka. hanya sewaktu kursus menimba ilmu semacam ini baru dapat mengeratkan hubungan silaturrahim kita. insyaAllah semoga ilmu yg ditimba sepanjang kelas teori dan praktikal akan sentiasa menjadi pegangan sepanjang menjadi wasit dan juri yang berkaliber dan professional di masa hadapan.



Serius tetap serius. lawak tetap lawak. bermacam karenah dan situasi terjadi sepanjang praktikal wasit dan juri. tetapi ingatkah apa yang dilakonkan boleh terjadi dalam situasi sebenar. berkat asuhan, didikan, "buah betik buah mempelam" dari Guru2 PSSGM yang merupakan Wasit dan Juri bertaraf Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3 Antarabangsa dari PERSILAT, peserta kursus melangkah keluar dari Rimba Ria Sg. Congkak dengan keyakinan dan mulut yang tak henti2 menjerit "Ti"!!!! Tak lupa juga segala aspek kehidupan sudah dihiasi dengan aba-aba yang melampaui batas. hehehehe.



Akhir kata, ambo ucapkan "Selamat Dipanggil Untuk Berkhidmat" untuk para sahabat dan diri ambo sendiri. ambil ilmu ini sebagai amanah dan ibadah. bantulah agar keadilan dicapai dalam pertandingan. "MULAI!!!!!!!!"



2 comments: