Team GTKK5
Selama 3 hari, Penceramah dan juga pemain gendang terkenal terkenal Pak Teh (En Salleh) dijemput ke Kolej Kediaman 5 untuk menurunkan ilmu bermain gendang kepada Mahasiswa-Mahasiswi KK5. Hasilnya cukup memberangsangkan dan anak-anak didik Pak Teh kini sudah boleh bermain lagu "tomoi"/"gocoh" walaupun masih banyak pembaikan dan latihan perlu dibuat. Kursus Gendang ini adalah Siri Pertama yang dianjurkan oleh Exco Kebudayaan di bawah Peka5 dan kelulusan Kolej Kediaman 5 di UMP kampus Pekan. Siri ke-2, ke-3 dan ke-4 akan diadakan selepas pilihanraya ini insyaAllah yang mana irama Silat, irama Moden dan lain2 akan ditunjukajar....;) Terima kasih Pak Teh, Mak Teh, adik abe dan Team GTKK5 yang bersemangat waja. Malam ni latihan ulangan jangan tak datang. hehehe
Pak Teh "kalu style pok teh, gende gocoh ni ado empat rangkap untuk Ibu, kalu anok satu rangkap jah, cumo dio ado empat peringkak"...
" Adab dale bergende ni banyok, male jumaat kito tok wat kijo. Gendang mu ni keno gatong, tokleh dok bowwoh. pahtu kalu nok beli gende, jange cari hok ado mato. nati balloh sek kito..."
"Gong pulok ado gong anjung, ado gong cepat. Gong ni mace ibu dale permaine kito lah. dio dulu hok wat kiro..."
"Kalu suna (serunai), payoh dio nok ko napah jah. pahtu jari nok lembuk nok maing lagu. Kalu rebab, pok teh tok tahu lah, tapi dale 100 ore, ado sore jah hok jadi maing rebab. Lagi susoh dari suna bendo tu..."
No comments:
Post a Comment