Thursday, May 2, 2013

KHIDMAT KOMUNITI: KELAS SILAT @ SMK INDERASHAHBANDAR & SMK GAMBANG

Gelanggang di SMK Inderashahbandar

One of the requirement to become a Jurulatih in Silat Seni Gayong is to find an experience of handling a Silat class. It is very important as the science of teaching this art is gained only from the Gelanggang and not from the book. To train the new Jurulatih to become a Gurulatih is the responsibility of every senior Gurulatih. Opening a Gelanggang outside the campus of Universiti Malaysia Pahang is also one of our initiative to give back the good things to the society around UMP. The Gelanggang Silat is not only where the students learn the traditional art and get disciplined, but also it is the place where the Gurulatih, the teachers, the jurulatihs, the students, and the parents meet. My intention for Gelanggang naga Rantau is to promote this art to every primary and secondary school around the university especially to the community of the Kuala Pahang of UMP Pekan and also the community of Gambang of UMP Gambang campus.

Gelanggang di SMK Gambang

Program Komuniti Silat yang diluluskan oleh Jabatan hal Ehwal Pelajar Universiti malaysia Pahang ialah satu program yang diusahakan oleh Persatuan Silat Seni Gayong UMP (Gelanggang naga Rantau) yang mana buat pertama kalinya Mahasiswa-Mahasiswi UMP yang mempunyai kemahiran Silat Seni Gayong dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan Seni Silat dengan membuka kelas silat di sekolah-sekolah sekitar universiti malaysia pahang.

Program ini buat pertama kalinya diminitkan dalam Mesyuarat Pengurusan Naga Rantau dan mewajibkan semua pemegang bengkong Pelangi Hijau untuk mendapat pengalaman mengajar di sekolah-sekolah, sekurang-kurangkan satu semester pengajian (14 minggu) sebelum diberi kebenaran untuk menghadapi Ujian bengkung Pelangi Merah iaitu peringkat Jurulatih.

Dalam mancapai objektif ini, Silibus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah telah disusun mengikut tahap-tahap tertentu. Dari segi bayaran, hanya yuran RM2 untuk setiap pelajar yang hadir pada setiap kelas diambil sebagai yuran komitmen memandangkan program ini lebih bersifat khidmat komuniti.

Sejak hampir 3 tahun penubuhan "Naga Rantau", seramai lebih dari 40 orang lulus Ujian Bengkung Putih, lebih dari 30 lulus ujian Bengkung Hijau dan 17 orang Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Malaysia Pahang yang telah berjaya mencapai tahap Pelangi Merah iaitu Jurulatih. Jurulatih ini telah dilatih dengan silibus/ilmu/pelajaran yang mencukupi untuk membuka Gelanggang, ilmu sains sukan (first aid, silat olahraga/seni) , ilmu pengurusan (pendaftaran, mesyuarat, sistem fail meja dll), dan ilmu berkenaan adat dan adab dalam Silat Seni Gayong. Manakala tahap yang tertinggi pencapaian UMP ialah dengan lulusnya 3 orang Mahasiswa UMP bengkung Pelangi Kuning sebagai Gurulatih yang mana dua daripada mereka pernah ke France untuk menimba ilmu mengajar Silat di sana dan seorang lagi telah membuka Gelanggang Silat di Perak.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Benih yang baik, dicampak ke lautan manapun akan menjadi pulau. Atas dasar itu, bumi Pahang yang mana kami mencari rezeki, adalah patut anak-anak Gayong Universiti Malaysia Pahang "membayar" budi dengan berkongsi ilmu dengan anak-anak Pahang.

Di Gelanggang inilah baru Jurulatih-Jurulatih ini sedar bahawa menjadi "guru" bukanlah sesenang dalam bahan bacaan. Melihat kedaifan sesetengah murid tetapi masih bersemangat untuk datang menuntut ilmu, dan melihat betapa sesetengah perlu mendapat bimbingan dari yang celik, telah banyak menyedarkan kami. Begitu juga kesusahan sebagai seorang "Guru" mula dirasai kerana sebelum ini hanya bergelar murid sahaja...

Ambo ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikg-cikgu penasihat, guru ko-kurikulum, penolong hal ehwal pelajar dan pengetua-pengetua di atas kerjasama yang membolehkan kami anak-anak UMP menimba ilmu menjadi "manusia", berkongsi ilmu dengan adik-adik, dan semoga hubungan silaturrahim ini diberkati oleh-Nya...

Ambo sangat-sangat mengalu-alukan pada Cikgu-Cikgu, Tuan Puan, yang berminat untuk membuka Gelanggang Seni Silat di sekolah masing2, terutama yang berdekatan dengan Universiti Malaysia Pahang, boleh menghubungi ambo terus di FB Shaiful Hakim, atau telefon ambo di nombor 013-3404321. Buat masa ini, ambo boleh dicari di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan di UMP Kampus Pekan atau di Pejabat Kolej Kediaman Pelajar 5, UMP Kampus Pekan.












No comments:

Post a Comment