bagi kucing makan.....
dari atas kanan ikut jam:
Joix (papa), Tokin, Hensem, Tam-Tam, T-J, Te' (maman) dan Yatim
Dari segi ini, aku terfikir, siapakah sebenarnya yang mengamalkan Islam dalam kehidupan sosial mereka...?????? Kita atau mereka???dari atas kanan ikut jam:
Joix (papa), Tokin, Hensem, Tam-Tam, T-J, Te' (maman) dan Yatim
Malaysia ini negara yang majoritinya orang Islam. Agama rasmi pun Islam. Negara kita diberkati dengan para Alim dan Ulama'. Semua perkara ada hukumnya. Dari sebesar-besar amalan seperti Jihad hinggalah pada melangkah kaki ke dalam Masjid ada peraturannya. Tapi sedarkah kita, dalam masa kita beribadat mungkin ada sesuatu perbuatan yang kecil di mata kita yang mana jika kita buat, sempurna lah iman kita...?
Mungkin masa tujuh tahun di bumi orang banyak mengubah minda ku. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.. Maka aku pulang ke tanah air membawa gulungan ijazah, ilmu dan pengalaman. Semasa aku melangkah ke Pasar Besar Pasir Puteh, gugur air mata ku melihat kucing-kucing yang terbiar. Ada yang berkurap sepenuh badan. Ada yang buta sebelah atau kedua matanya. Ada yang tempang. Ada yang terbaring, tidak bermaya menanti sesuap makanan. Ada yang mati sambil menyusukan anak-anak. Malah ada yang mati kerana tiada ibu nak menyusu.
Tidak dihirau. Mereka semua adalah kucing yang asalnya dari rumah. Tetapi disebabkan "masalah" moral kucing-kucing tu, sudah pasti satu cara tuan rumah untuk menyelesaikan masalahnya dengan cepat ialah membuangnya ke pasar. Ibarat hukuman penjara sampai mati. Buang negeri, buang daerah. Dibiarkan berkulat seorang diri... tapi manusia lupa, kucing juga makhluk Tuhan. Kucing juga tahu dirinya disayangi atau dibenci. Kucing juga tahu dirinya dihargai atau tidak berharga..
Malam itu aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh pula. Sedang berjalan-jalan mencari tudung untuk isteriku, kami berhenti rehat di satu bangku. Anak kucing terbaring semacam mati. Ku belek-belek, rupanya sudah nyawa-nyawa ikan..... ku hulurkan fish ball, anak kucing itu menggagahkan dirinya untuk menjamah makanan. Harap ku dia akan bangkit. Tapi belum sempat fishball itu dikunyah habis, dia juga mati di pangkuan ku...
Esok pula aku menghantar ayahanda ku ke HUSM. Sambil-sambil ku terus ke Pasar Siti Khatijah. Aduuuhhh..... keadaan kucing-kucing terbiar cukup menyayatkan hati bagi yang punya perikemanusiaan. Aku hairan, bagaimana manusia sanggup menyepak kucing yang datang meminta makanan. Mengganggu kaki nya barangkali kerana itu hadiah paling baik ialah tapak kasut. Manusia ini tak punya hati dan perasaan. Tidak takutkah dia, Allah kelak melayannya sebagaimana dia melayan makhluk Allah yang lain???
Bagaimana pula sewaktu aku melawat seorang sahabat? Tengah kami makan roti canai, datang seekor kucing. Badannya menggelupas, kesan minyak panas. Apakah ia satu kemalangan atau disengajakan??? Kalau ia disengajakan, besar sangatkah dosa seekor kucing yang lapar datang mencuri ikan di meja? Mengajar itu perlu, tapi mendera itu haram.....
Dulu, aku marah dan tentang bilamana keadaan kucing di Perancis dimandulkan. Ini bertentangan dengan tabi'i! Tetapi sekarang aku faham kebaikannya. Bilangan kucing dan anjing di negara-negara maju terkawal dan kebanyakan haiwan peliharaan di jaga rapi malah berdaftar.

Kedua anak kucing ini kami jumpa ditinggalkan di tepi kedai ipar kami di Gopeng. Satu dah jatuh dalam longkang. Umur mungkin tidak sampai seminggu lagi. Manusia yang tak punya hati sahaja sanggup buat kerja terkutuk macam ni. Anak kucing menyusu lagi dah buang. Kami bawak balik ke Kelantan. Yang cerah sikit tu Leon si Yatim. Yang gelap sket tu Joned si Piatu.
Tak sampai seminggu seekor mati, tinggal seekor lagi hidup sampai sekarang. Susu kucing dah bagi, try bagi makanan. Tapi mungkin masih tak cukup... haii Piatu...dah ajal.
Malam itu aku ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh pula. Sedang berjalan-jalan mencari tudung untuk isteriku, kami berhenti rehat di satu bangku. Anak kucing terbaring semacam mati. Ku belek-belek, rupanya sudah nyawa-nyawa ikan..... ku hulurkan fish ball, anak kucing itu menggagahkan dirinya untuk menjamah makanan. Harap ku dia akan bangkit. Tapi belum sempat fishball itu dikunyah habis, dia juga mati di pangkuan ku...
Esok pula aku menghantar ayahanda ku ke HUSM. Sambil-sambil ku terus ke Pasar Siti Khatijah. Aduuuhhh..... keadaan kucing-kucing terbiar cukup menyayatkan hati bagi yang punya perikemanusiaan. Aku hairan, bagaimana manusia sanggup menyepak kucing yang datang meminta makanan. Mengganggu kaki nya barangkali kerana itu hadiah paling baik ialah tapak kasut. Manusia ini tak punya hati dan perasaan. Tidak takutkah dia, Allah kelak melayannya sebagaimana dia melayan makhluk Allah yang lain???
Bagaimana pula sewaktu aku melawat seorang sahabat? Tengah kami makan roti canai, datang seekor kucing. Badannya menggelupas, kesan minyak panas. Apakah ia satu kemalangan atau disengajakan??? Kalau ia disengajakan, besar sangatkah dosa seekor kucing yang lapar datang mencuri ikan di meja? Mengajar itu perlu, tapi mendera itu haram.....
Dulu, aku marah dan tentang bilamana keadaan kucing di Perancis dimandulkan. Ini bertentangan dengan tabi'i! Tetapi sekarang aku faham kebaikannya. Bilangan kucing dan anjing di negara-negara maju terkawal dan kebanyakan haiwan peliharaan di jaga rapi malah berdaftar.
p/s: maaf nooo.... hati tengah sedih dok teringat kucing-kucing jalanan..... bukan tak mahu timbulkan isu buang bayi, itu lagi terkutuk wanau'zubillah. tapi buang kucing pun boleh dianggap buruk juga perangai tu... huhuhuhuuhu
No comments:
Post a Comment