Sajok ini ditulis oleh Adi Putragong, atau nama asal nyo A. Aziz Deraman. Dio ni ore kapung ambo. Kalu nok dikironyo, super senior ambo di sekoloh Kamil. Mok ayoh ambo samo-samo batch lah denga dio kironyo. Mok ambo ni guru pantun, drama, sajak, nasyid, pidato dan debat di sekoloh yang mano dio ngaji dulu. Belajar di Kamil, balik jadi guru di Kamil. Jadi ambo adik beradik doh terbiaso dilatih dale berpantun, bersyair dan lain lain. Saloh satu sajok hok ambo suko, hok ambo baco dale satu buku simpane mok ambo ialah sajak Awang Gedebe. Sajok ni dale buku himpune sajok-sajok karange dio bertajuk Pohon Pusaka. Sajok ini buat kito kasih dan saye pado ore kapung halame, budayo dan negeri kito. Samo-samo kito hayati balik setiap kato-kato Adi Putragong. Hormat dan kasih pado Dato' A. Aziz Deraman...
Awang Gedebe
Budak Cengal Batu
Tubuhnya cengal kepalanya batu
jajat kampung pagi petang
semutar batik lepas panjang
kalaupun tidak kelewang
parang mesti di pinggang
tegur siapa saja
tidak kira tua muda
Awang Gedebe
budak pandai belaka
pandai menukang rumah
pandai menukang besi
rajin kerja tidak tahu malu ambil upah
rukah nyiur tinggi
kutip getah sekerap
bila musim buah, masuk dusun
angkut durian
bila musim padi, turun ke baruh
geger dengan orang kampung
Awang Gedebe
budak boleh belaka
pernah kelek ayam belaga
tahu, katanya payah masuk syurga;
handalan berlawan sepak raga
hebat bertewas wau gasing
kertuk rebana tiada tanding
main congkak tiada elat
minat Hindustan berdikir barat
suka tengok makyung wayang kulit
tapi lesen dah kena tarik balik
masih kekal pendekar silat
cuma perangainya pantang silap
lebihnya bila mengaji
suara sedap memikat hati
masuk ke surau jadi bilal
bila disiruh jadi imam
Awang Gedebe
jadi tersohor serata negeri
menetap di kota selepas universiti
dapat bini pun Mek Sehati
cakna hati suka berbudi
setiap menjenguk ke desa bakti
Awang Gedebe masih serupa dulu
pandai dan boleh belaka
Pasir Puteh, Kelantan
25 Oktober 1998
Budak Cengal Batu
Tubuhnya cengal kepalanya batu
jajat kampung pagi petang
semutar batik lepas panjang
kalaupun tidak kelewang
parang mesti di pinggang
tegur siapa saja
tidak kira tua muda
Awang Gedebe
budak pandai belaka
pandai menukang rumah
pandai menukang besi
rajin kerja tidak tahu malu ambil upah
rukah nyiur tinggi
kutip getah sekerap
bila musim buah, masuk dusun
angkut durian
bila musim padi, turun ke baruh
geger dengan orang kampung
Awang Gedebe
budak boleh belaka
pernah kelek ayam belaga
tahu, katanya payah masuk syurga;
handalan berlawan sepak raga
hebat bertewas wau gasing
kertuk rebana tiada tanding
main congkak tiada elat
minat Hindustan berdikir barat
suka tengok makyung wayang kulit
tapi lesen dah kena tarik balik
masih kekal pendekar silat
cuma perangainya pantang silap
lebihnya bila mengaji
suara sedap memikat hati
masuk ke surau jadi bilal
bila disiruh jadi imam
Awang Gedebe
jadi tersohor serata negeri
menetap di kota selepas universiti
dapat bini pun Mek Sehati
cakna hati suka berbudi
setiap menjenguk ke desa bakti
Awang Gedebe masih serupa dulu
pandai dan boleh belaka
Pasir Puteh, Kelantan
25 Oktober 1998
rindu weh nok kelik kapung jabi
ReplyDeleteminta izin nak copy sajak ini.. memang mantap cukup dalam ertinya...
ReplyDeletetaufiq: kelik abe weeeyyy... lamo sangak doh demo dok sinun. mujur tok ile lagih klate demo tuh. hehehehe
ReplyDeletewarid: bereh warid. silokan.