Kalau ikut hari, ni hari ke-5 musafir dan merantau kami di Perancis. Sudah 3 kali latihan. Alhamdulillah.... qada' dan qadar Allah swt itu indah dan cantik, bila difikir dengan hati yang tenang. Ambo nyaris2 smbung bljar ke ohio state university, columbus di U.S, tp takdir tetapkn ambo dtg ke france.
Ini bukan kali pertama datang mengajar anak-anak gayong berbangsa Perancis di bandar Lille. Sejak dari 2005, hampir setiap bulan, ambo amek train datang mengajar di sini. Tapi kedatangan kali ini agak berbeza perasaannya. Fikir punye fikir.... baru tahu sebab apa. Sebabnya ambo sudah setahun dok di Malaysia. Selama setahun juga ambo timba pengalaman baru dalam hidup. Berumahtangga, kerja, dapat anak, dan yang terutama (yang jauh sekali dapat dielakkan) ialah politik dalam pertubuhan....termasuklah politik Gayong.
Rupa2nya, selama hampir 8 tahun di bumi Perancis, ambo tidak begitu sedar betapa ambo sebenarnya dipermudahkan Allah swt dalam berkongsi ilmu, menimba ilmu, mengajar ilmu dan lain2 dalam mengenal seni mempertahankan diri.. tapi selepas setahun di Malaysia, dan datang kembali, baru ambo sedar betapa payah mengajar di luar negara, tidak sama payahnya di dalam negara. Orang Perancis sangat menghargai seni silat. Orang kita tak sedikit yang memperlekehkannya. Orang Perancis sangat terbuka dalam berdiskusi hatta dalam beladiri. Orang kita cuma pandai mengaku silat kita sahaja yg hebat tanpa mahu bertarung. Orang Perancis naik kerana kepandaian. Orang kita banyak yang naik kerana bodek, jatuh kerana fitnah.
Apa-apapun, setahun di Malaysia, banyak yg ambo belajar dalam Gayong. Kenal kebanyakan Guru Gayong. Kenal juga Cikgu2 muda Gayong. Ada yang baru kenal, tapi bagaikan saudara sehidup semati. Tapi ada juga yang manis di depan, busuk di belakang. Ada juga yg bertahun kenal, tetapi.... entah lah... malas nk komen lebih. Ambo syukur pada Nya atas segala tarbiyah dari Nya... ;)
Ape2 pon, syukur alhamdulillah melihat walaupun selepas setahun meninggalkan France, AFSSG mampu untuk berdikari di bawah pimpinan murid kanan ambo, Cikgu Benjamin PONS dan Gurulatih2 kanan. Seingat ambo, rupa2nya, Benjamin PONS ni di antara murid yg mula belajar dgn ambo dari kosong sampai laaa lo ni kuning 3. Semoga perhubungan ini kekal.. amin.
Ambo syukur juga, dan ingin ucapkan terima kasih pada guru-guru ambo yang tak pernah serik mendidik dan menasihati ambo. Kalau bukan kerana berkat ilmu Cikgu2 semua dgn izin Allah, tak mampu ambo nok capai ke tahap ni. Juga terima kasih pada sahabat2 saudara segayong yg sama2 susah senang bersama. Terima kasih juga pada universiti ambo (UMP) yg menghargai apa yg kumpulan kecil kami usahakan selama ini..... Harap ambo Gayong France akan terus berkembang selama-lamanya...Amin. ;)
teruskan usaho cikgu hakim kito (^_^)
ReplyDeleteamin.... sama2 kita doakn hisbul.. insyaAllah ;)
ReplyDelete