Hari ini masing-masing sudah punya kesedaran. Kesedaran untuk bercantum dan bergabung. Kesedaran untuk menyatukan balik silaturrahim yang terputus.
Hari ini masing-masing berlumba-lumba untuk memulakan inisiatif untuk menemukan balik satu titik persamaan sesama adik-beradik yang telah jauh terpisah.
Tapi dalam kita berusaha ke arah itu, kita lupa bahawa pergerakan dan niat yg tulus ikhlas tidak harus dizahirkan. Bukan tidak boleh dizahirkan, tetapi ia PASTI akan mengundang fitnah yang boleh menambahkan lagi perpecahan kita. Kerana menjadi intipan orang yg tidak menyukai kita. Perjuangan mencantumkan adik-beradik seharusnya tidak menjadi perkara untuk diwar-warkan bagi menaikkan nama sendiri. Bukan juga untuk membuktikan hubungan rapat kita dengan satu-satu Guru tua. Bukan juga sebagai bahan untuk mengatakan, "Aku orang pertama yang buat itu dan ini". Kerana itu hanya akan menimbulkan perjuangan yang tidak sihat di kalangan kita. Bukan juga medan untuk menunjukkan ilmu hebat Gayong yang kita punya dari Guru-guru, walhal kita hanya mendengar dan menulis tanpa sanad yang Sah. Tetapi is sepatutnya menjadi panduan pada bagi yg belum punya pelajaran itu untuk mencari dan menuntut daru Guru-Guru tua....
Kita mendakwa, kitalah yang pertama membuka jalan untuk bercantum! Kita mendakwa atas jasa kitalah Guru-Guru itu berjumpa. Tapi saudara-saudara ku....kita hanya memainkan peranan kecil dalam percantuman ini. Ada lagi orang yg tersembunyi yang lebih dahulu bekerja keras untuk percantuman ini. Kita bukan orang pertama. Guru-guru tua dahulu, tetap bergabung walau terpisah dari segi pentadbiran. Ada juga saudara-saudara yang tidak dikenali langsung di dunia Gayong, tapi merupakan orang yg bertanggungjawab menemukan para Waris dan Guru. Kita hanya orang pertama yang mengwar-warkannya dalam laman sosial mukabuku, dalam blogger dan wordpress, dengan gambar kualiti DSLR, kamera digital atau HP canggih. Mencari orang yg selayaknya untuk disebut berjasa, hanya akan terbuka bila kita meletakkan pekentingan menaikkan nama sendiri ke belakang.
Walaubagaimanapun, usaha kita ini bukan sia-sia dan tak berguna. Ia tetap berjaya membangunkan adik beradik yang tidur lena. Ia berjaya memberi semangat pada guru-guru tua untuk bersama memberi pendapat, teguran, kritikan, nasihat dan petua. Kerana itu perlu dijaga ayat tutur bahasa. Kerana hati manusia ini lebih lembut dari kaca. Calar dan pecahnya walau baik kembali tetap punya parut sepanjang hayat. Kerana itu tunaikanlah hak menjadi seorang Teman. Tunaikanlah hak menjadi seorang Guru. Tunaikanlah hak menjadi sebagai seorang Murid.
Ini adalah sekadar pesanan buat diri ambo, dan juga buat ayah, abang kakak dan adik2. Dalam kita mengorbankan masa, tenaga dan wangringgit untuk sesuatu, tanyalah diri adakah ia memberi manfaat kepada kita di hari kebangkitan kelak. Kalau iya, teruskanlah dan pertingkatkanlah. Kalau tidak, manakah silap kita?
Kerana itu soalan guru ambo menyedarkan ambo buat sekelian kalinya : "ke manakah penyudahnya Gayong???......." Ambo duduk... muhasabah diri....setelah lama berfikir, yg ambo jumpa hanyalah.....
"...kosong"
Adakah benar firasat ambo ini? Ayah, Abang, Kakak dan Adik. Pernahkah punya perasaan sebegini??? Di mana penyudahnya??? Apakah benar cara dan perjuangan kita?
-Jumaat, 3.59 pm, Gelanggang Naga Rantau-
No comments:
Post a Comment