Sunday, April 22, 2012

Ulangtahun Pertama Kelahiran NAGA RANTAU



Syukur alhamdulillah, trailer ulang tahun pertama Gelanggang Naga Rantau, persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaysia Pahang berjaya dibuat. Selepas program kegurulatihan berjaya diadakan berturut-turut sejak tahun lepas, diikuti dengan latihan lasak 3 kali seminggu, latihan intensif hujung minggu, perkhemahan jati diri, demonstrasi jemputan, ujian kenaikan bengkung dan ujian keyakinan diri, maka terbitlah trailer pertama Gelanggang Naga Rantau.

Ambo sebagai Ketua Gurulatih NR, pertamanya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan Gurulatih-Gurulatih ambo yang mendidik dan mengajar ambo selama ini, sehingga Gelanggang ini dapat berdiri sehingga ke tahap ini. Secara peribadi kepada beberapa Guru yang saya kira banyak mendidik ambo dalam memperkemaskan diri dalam ilmu, petua, amalan, dan kegurulatihan: Ayahanda Amin Hamzah, Tuan Haji Mansor Othman, Cikgu Ibrahim Yasok, Cikgu Nasir, Pak Ngah Izahar, Cikgu Mufti Ansari, Cikgu Azizan Ibrahim, Cikgu Muzairi, Cikgu Suhaili Che Soh, Cikgu (Tok) Ismail Jantan, Cikgu Sani Morni, Cikgu Awang Daud, Cikgu Majid Mat Isa, Cikgu Kahar Redza, Cikgu Ezhar Abbas, Cikgu Nordin Ahmad, Cikgu Shahad Ujang, Cikgu Wan (Kancil), Cikgu Adi (Pak Lang) Awang Daud, dan tidak lupa kepada Guru-Guru yang ambo hanya sempat bertandang seketika dan menerima sedikit ilmu tetapi amat bermakna. Dan sekali-kali ambo tidak lupa pada Guru ambo di Pasir Puteh sana, walaupun apa yang terjadi, ambo tetap tidak lupa asal usul ambo.

Syukur di atas sokongan anak-anak Naga Rantau, terutama Senior-Senior UMP yg merupakan Gurulatih dan Pembantu Gurulatih Gelanggang, juga senior-senior NR yang sudah grad, yang sentiasa dahagakan ilmu dan sentiasa bersedia berkhidmat apabila diarahkan. Setahun di UMP, ambo rasa sangat gembira dan bertuah kerana ditakdirkan dicampakkan ke bumi Pahang ini. Tidak lupa pada sahabat-sahabat Gurulatih PSSGM Pahang Cikgu Fadzilah, Cikgu Farizal, Cikgu Anwar, Cikgu Bajan, Cikgu Arifin Bastan, Cikgu Amru Omar, Cikgu-Cikgu PSSGM Pahang, dan YDP Pahang Cikgu Rahim Masrom yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan pada ambo dalam mentadbir Gelanggang Naga Rantau. Last but not least, saudara seperjuangan saya di UMP pada ketika ini, Cikgu Zaki Ahmad, Cikgu Razhan dan Cikgu Affendi. Juga saudara seperjuangan di luar sana Cikgu Hafizi yang tengah sambung belajar hehehehe.

Terimalah sedikit "Salam Perkenalan" dari kami Gelanggang Naga Rantau. Mohon maaf di atas segala salah dan silap kami. Mohon maaf dari ambo, semoga segala kekeruhan dan ketegangan sesama kita akan kembali cerah dan tenang.

3 comments:

  1. tahniah cikgu hakim, semoga trus mengembangkan Gayong.hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagaimana saya nk join persatuan gayong Di ump pekan?

    ReplyDelete
  3. datang latihan setiap selasa dan rabu pukul 9 malam. untuk info boleh private message pada saya kt facebook.

    ReplyDelete