TO LIVE AND TO SURVIVE ARE BOTH THE ART OF NATURE. To do or not to do. Already done or will not be done. Are not the things. We are capable to choose. We can do. We can change. We can fight. But the end. Will be only what the destiny reveals. A man always dreams. Beyond his own cage. Called as death. Hi's stepping forward. Enduring all the suffering and pain. Till the time ends. And last drop found. Until then, the journey must continue...
Tuesday, April 22, 2014
Perbezaan Pendapat
Assalamualaikum wbt,
Hai hati!
Perbezaan pendapat itu adalah adat sebagai manusia.
Kerana itu, seeloknya kita uruskan sebaiknya agar tiada yang diaibkan, tiada yang terguris perasaan, tiada yang dimalukan.
Berpegang teguh pada pendapat sendiri, cara sendiri dan ilmu sendiri itu baik.
Tetapi memperlekeh pendapat orang, cara orang, dan ilmu orang itu tidak baik.
Kalau benar kita orang yang berilmu,
Maka perbetulkanlah yang silap itu dengan cara yang berkesan.
Kalau benar kita masih belum cukup ilmu,
Jangan malu untuk merendahkan diri dan belajar ilmu dari orang yang pandai.
Tiada guna berasa diri besar,
Apatah lagi kalau bercakap besar... astaghfirullah.
kerana itu syirik namanya.
Hai hati!
Adakah chula di bengkung mu itu membuat kamu memandang rendah orang lain?
Adakah sandang di bahu mu itu membuat kamu mencari kesalahan orang lain?
Adakah ilmu hikmah di dada mu itu membuat kamu lebih suka menyakiti orang lain?
Adakah ilmu pengetahuan mu tentang hakikat dan makrifat itu membuat kamu nampak dosa orang lain?
Hai hati!
Siapakah Aku? Siapakah Kamu?
Siapakah yang kamu perlekehkan itu?
Siapakah yang memperlekehkan kamu itu?
Apakah yang diperlekehkan itu?
Siapkah yang menyaksikan perlakuan buruk mu itu?
Tidakkah kamu ingat asal usul mu, dan kembali mu di mana?
Adakah perkara yang kamu pertelingkahkan itu bisa membantu dan berguna buat kamu kelak?
.................................
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
----------------------
Hai hati,
Carilah benda yang lebih penting.
Yang tak hilang tapi selama ini kamu tak jumpa.......
Ambo minta maaf pada saudara2, tuan2 puan2, Cikgu2 dan Guru2 semua. Alahai.... susahnya nak menjaga hati .. kalau tak ditakdir oleh-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment