Menjawab soalan dari seorang adik ex kamilian. Berkenaan ayat untuk lupakan kekasih lama.
Masa ambo muda2 mencari ilmu dulu, ayat ni sangat la famous. Ambo ambil dari sahabat, yang ambil dari soerang Mufti satu negeri pada waktu itu.
"Wa Iza Batoshtum, Batoshtum Jabbarin"
Dari pada Mufti tersebut, sahabat ambo memberitahu ada tiga kelebihan untuk dipakai. Dari Guru ambo di Pasir Puteh pula, ada menyebut dua lagi kelebihan dia. Tukang urut keluargo ambo pula menyebut satu kelebihan.
Bersanad dari Mufti:
1) Doa ketika menjilat jari selepas makan
2) Ketika diganggu Jin atau sebangsanya, dibacakan pada sesuatu (anak batu contohnya) dan dilempar ke tempat makhluk itu "bertenggek". Dikatakan boleh terbakar jika mengena...
3) Doa untuk lupakan bekas kekasih...
Bersanad dari Cikgu ambo:
1) Doa untuk memagar rumah
2) Doa untuk membuat batas-batas di sawah padi agar tidak runtuh
Di sini ambo nok tekankan pasal ayat untuk melupakan kekasih tu...
Kaedah:
Kaedah dia, sediakan segelas air. Masa tengah pegang gelas tu, pandang air, bayang wajah kekasih kita yang kita mahu lupakan, dan ingat namanya juga. Pasang niat untuk lupakannya. Baca Bismillah dan doa di atas, kemudian minum seteguk air. ucap alhamdulillah. Baca Bismillah dan doa, minum seteguk lagi. Ucap alhamdulillah. Baca sekali lagi Bismillah dan doa, kemudian minum seteguk lagi. Ucap alhamdulillah. Minum selebihnya air di dalam gelas itu....
Buat setiap kali nak minum, selama tiga hari. Mengikut pengalaman ambo ni, insyaAllah menjadi hehehehe. Bagi student atau pelajar yang break up, memang hidup tersangat lah resah. Hati pun sakit, jiwa tak tenteram, mata selalu bergenang air mata. Hidup bagaikan tersepit. So jangan teruskan kehidupan semacam ini. Study itu priority kita. Dengan kaedah ini, tidaklah bermaksud kita hilang ingatan lupakan mamat atau minah tu. Yang hilang cuma perasaan marah, sakit hati, cemburu dan dendam kita apabila kita diperalat, disakitkan, atau dipermainkan.
Hikmah:
InsyaAllah kita akan diberi satu kefahaman oleh Allah swt, bahawa soal jodoh bukan hak kita. Bahkan, segala soal, segala urusan, bukan hak kita. Segala sesuatu terjadi ada hikmahnya. KIta sahaja yang tidak nampak. Kita suka sesuatu benda, tapi dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui, benda itu tidak bagus untuk kita. Maka Allah dengan perancanganNya menjauhkan benda itu dari kita. Kita benci satu benda, tapi dalam pengetahuan Allah Yang Maha Bijaksana benda itu baik untuk kita. Maka Allah akan permudahkan dan perdekatkan pada kita...Jadi buat adik-adik yang masih belajar, fokus dulu dalam pelajaran. Perjalanan masih jauh. Utamakan ilmu. Jangan dikejar cinta tu, buat relaks2 sudah. Hehhehe. Ilmu dunia dan ilmu ukhrawi kena seiring. Tapi kalo ade suami2 atau isteri2 orang yang kena "panahan cinta" dengan orang luar tu, insyaAllah boleh amalkan juga... Ambo ambil doa ini dan sudah diuji keberkesanannya, jadi ambo sebar2kan pada semua. Hak molek ambil, hak tak molek tinggal. Maaf dan ampun kalau ada tersalah cakap, atau terlebih sudu dari kuah. Hayyakumullah...
hmmmmm...(sambil pegang dagu..=P)
ReplyDelete