Sunday, November 20, 2011

Majlis Pertabalan PSSGM KELANTAN


20.11.2011, PSSGM Kelantan telah selamat menganjurkan Majlis Penyampaian Sandang dan pertabalan. Tujuan utama majlis ini adalah untuk permasyuran ahli jawatan kuasa tertinggi kepimpinan PSSGM Kelantan selepas lebih dari dua tahun dalam keadaan tiada pentadbiran yang hakiki. Tahniah diucapkan kepada yang terutama Cikgu Haji Wan Abdullah Hamzah (Tok Ayah Lah), di atas perlantikan seagai Pengerusi Majlis Adat PSSGM, yang juga merupakan YDP PSSGM Kelantan yang baru menggantikan mantan YDP PSSGM dulu Tuan Haji Mansor Othman yang masih menasihati tetapi berehat di atas faktor kesihatan.

Tahniah juga kepada Cikgu Ibrahim Yasok yang dilantik sebagai Timbalan Imam Khalifah PSSGM Kelantan, dan juga sebagai Pengerusi Majlis Gurulatih PSSGM Kelantan. Tahniah juga kepada Cikgu Razani di atas perlantikan sebagai Kipas Emas PSSGM Kelantan, juga kepada Waris-Waris Beradat, Ketua-Ketua Beradat, Khalifah-Khalifah Besar, Khalifah-Khalifah Kanan, Khalifaj-Khalifah, Khalifah-Khalifah dan Srikandi-Srikandi Muda, dan Imam-Imam Gelanggang.

Jutaan terima kasih kepada Dato' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di atas kesudian beliau menghadiri dan menerima Sandang Kehormat yang ke-3 tertinggi dalam PSSGM, sebagai penaung PSSGM Kelantan, selepas Sandang yang diterima oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dan sandang yang diterima oleh YAB Dato' Seri Utama Mohamed Hassan. Juga kepada Dato' Ir. Shaari Hj Hassan, terima kasih kerana sudi menerima dan memimpin PSSGM Kelantan.

Diharapkan di atas pertabalan dan perlantikan ini, PSSGM Kelantan akan selangkah ke hadapan, dan mentransformasikan Pentadbiran, Majlis Adat, dan Majlis Gurulatih negeri ke arah yang lebih baik. Diharapkan juga agar visi dan misi perpaduan sesama Melayu Islam akan senantiasa menjadi penunjuk aras dalam membawa hala tuju pentadbiran negeri.

Tahniah dan terima kasih kepada pentadbiran pusat PSSGM dan PSSGM negeri lain yang menghadiri majlis ini, YDP Dato' Adiwijaya, Cikgu Sazali Meor Abdul Rahman, Cikgu Nordin Abdul Rahman,Cikgu Mustapha Kamal, Cikgu Kahar Redza, Datin Faridah, Cikgu (Kapten) Kudus, dan semua gurulatih-gurulatih dan jemputan yang hadir.

Tahniah juga pada pentadbiran negeri Kelantan, YDP, TYDP, dan juga pada sahabat ambo Setiausaha negeri Che Mohd Hanif, dan ambo harapkan perlantikan ini memperkemaskan lagi apa yang sedia ada.
;)


ucapan Dato' Sri Mustapha Mohamed dalam buku program


Kata-kata aluan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Dato' Ir Shaari Hassan



Cikgu (Tok Ayah) Wan Abdullah Hamzah, YDP PSSGM KELANTAN



Pertabalan Dato' Sri



Sandang



Pertabalan YDP



Pertabalan Kipas Emas



Pertabalan TYDP



YDP PSSGM Dato' Adi Wijaya





Ibu Gayong PSSGM Datin Faridah Johan

1 comment: