Thursday, June 28, 2012

BAHTERA



Saat ini bersama, saat kemudian berpisah. 

Tazkirah buat diri sendiri. 
Nakhoda & Bahtera

Hai diriku,

Hidup di dunia tidaklah kekal. Nakhoda menghentikan bahtera di pulau. Sekadar mengambil bekal air bersih, buah-buahan hutan, memburu haiwan, dan merehatkan diri. Semasa berjalan, berhati-hati, takut tersepak tunggul. Sakit bukan kepalang, jalan lupa berselawat pada Baginda Rasulullah. Ingat, syafaat Baginda pada yang sentiasa berselawat kepadanya. Destinasi sebenar masih jauh. Apabila tiba masanya, gerisik di pantai mendayu-dayu, nakhoda dan kelasi mengintai dari rakit, pagar-pagar ombak yang mendatang. Mencari jalan paling selamat tidak dilambung dan kurangkan kudrat. Naik ke bahtera, sauh yang tunggal diangkat. meneruskan perjalanan. Alam ini hak Allah, pagi mungkin cerah, tapi ribut tiba di petangnya. Bahtera besar dan tegap juga bisa alah di telan gelora. Bagai telur di hujung tanduk. Bergerak jatuh, tak gerak pun tergolek. Pecah tiada ditampal balik. Langit yang pecah manakan mampu ditongkat lagi. Balang yang jatuh akan pecah, tidak mampu membayangi lagi. Ingat pesan Ibu, ingat pesan Bapa. Ingat pesan Guru. Hidup sebagai Ulama', Mati sebagai Syuhada'. Bagaikan Saidina Hussein yang berjihad di Padang Kerbala. Akhir nafas, biarlah dengan kalimah. Mati berkalimah kerana hidup berkalimah. Tanyalah diri. Carilah diri. Pakailah pakaian Allah. Kerana hidup nakhoda ini, mencari suatu yang sukar ditemui. Yang mahal, yang molek. Aduhhh... manakah wajahku.........tiada berpecah sempatkah aku?....

Rintihan seorang pencari;
Shaiful Hakim, Pekan. 28 Jun 2012.

 Telur di hujung tanduk??? ;)

No comments:

Post a Comment