Thursday, June 21, 2012

KONVENSYEN NAGA RANTAU-GAYONG FRANCE 2012

Alhamdulillah, Gelanggang Naga Rantau baru mendapat kelulusan program dan bajet dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang untuk menganjurkan program besar ini. Buat pertama kalinya Universiti Malaysia Pahang akan menerima kunjungan hormat Pesilat-Pesilat Anak Gayong dari Perancis, untuk berkampung di bumi Pekan selama tiga minggu bermula bulan Julai ini. Pelbagai program telah diatur, dan syukur alhamdulillah, respon positif dari Guru-Guru Tua untuk bertandang ke U.M.P bagi menurunkan ilmu pada kami anak-anak Gayong Naga Rantau (UMP), anak-anak Gayong France dan alumni anak-anak Gayong Ireland.

Blog pun sudah lama tak diupdate, kerana kesibukan menguruskan majlis besar ini. Ada juga program-program lepas yg masih belum dapat diupdate. InsyaAllah akan dipublishkan memandangkan telah diminta oleh beberapa pihak untuk berkongsi.

Program ini bertujuan untuk merasmikan Gelanggang Naga Rantau di UMP, dan menyatukan persaudaraan sesama anak-anak Gayong, terutama yang pernah bergayong dengan ambo, sama ada di France, di Ireland dan juga di UMP.

Kami masih dalam proses persetujuan untuk Majlis Anugerah Naga Rantau, dan insyaAllah akan kami edarkan surat-surat jemputan kepada saudara saudari seGayong semua bagi memeriahkan majlis pertama kami di Universiti Malaysia Pahang.

Terima kasih tidak terhingga buat yang berbahagia Professor Dr. Yusserie Zanuddin di atas kepaercayaan kepada persatuan silat seni gayong Universiti Malaysia Pahang menganjurkan program besar ini. ;)

-shaiful hakim, Pejabat KK5-

No comments:

Post a Comment