Monday, January 24, 2011

Ceritera Gelanggang Sekangkang Baboon

Ambo berasa hairan dengan sesetengah orang yang mengaku dirinya Gayong. Ambo pun Gayong, demo pon Gayong. Dok berebut "tanah" sekangkang kera. Kalaulah buleh kaya dengan mengajar Gayong tak apa juga. Ni duit kita sebagai Gurulatih yang habis adalah.

Adalah ceritera terbaru, hikayat Gelanggang Sekangkang Baboon. Ia diceritakan kepada ambo oleh seorang Juruletih kanan di Gelanggang itu....

Gelanggangnya satu jer dalam daerah tu, tapi habis dijaja cerita kata Dia lah Penguasa Mutlak daerah. Gelanggang pun bukan gelanggang awam, tapi kat sekolah menengah jer.

Dulu ambo inilah Juruletihnya. Bukan satu, tapi empat gelanggang sekolah di daerah tu ambo jaga. Sorang dua sahabat tolong juga kadang2. Kami ni Juruletih merah pertama di daerah. Memang kami time tu suci murni. Niat belajar Gayong betul-betul. Tapi rupa-rupanya kami "diperah" habis-habisan. Tebu muda katakan. Manis dan banyak airnya. Yuran bulanan budak2??? Semua disapu masuk dalam poketnya. Jadi waktu tu terpaksa minta duit mak ayah nak isi minyak motor pegi mengajar.....

Ambo bukan kesah sangat tak dapat duit tu. Duit mak ayah dan biasiswa ambo pon dah cukup dah. Tapi yang ambo terkilan, bila ambo disingkirkan bila demo dapat "Tebu" baru. Mujur juga, kalau tidak, sampai sekarang ambo menanggung beban. "Tebu muda" datang menyembah. Rasa syok kot jadi kesayangan MurahGuru dan Sang Petapa. Ditatang, dikelek, dipegang2, diperah2 sampai berair-air, juga disentuh-sentuh..... hehehehehe

Tu tak kira lagi Murahguru yang "makan daging mentah". Pantang jumpa anak buah pompuan yang lawa-lawa. Habis "dikecek" jadi adik angkat, anak angkat, awek angkat, sampai terangkat angkat. Bukan sekali jadi kes besar, tapi berkali kali tak serik. Ingat kubur kata mari, rumah kata pergi. Tangan yang pegang benda haram jadi habuan api neraka. "Anggota badan" lain yang sentuh plak lagi le teruuuk. Masa budak-budak tu di sekolah demo buleh laa buat apa demo suka. Tapi bila budak-budak ni dah besar, dia tak lupa ape Murahguru atau "Jurulatbulu" buat kat dia....

Bab duit grading satu hal. Setiap kali kursus berpuluh-puluh ringgit seorang budak bayar. Campur makan minum, grading, sijil dan tali pinggang, boleh jadi seratus lebih. Budak-budak ada dekat 50 orang. Wah wah wah, confirm dapat Rm5000 tu. Habis grading, habuk pon tarak. Bengkung dan sijil yang dijanjikan entah ke mana. Duit lesap masuk bank. Buat modal meniaga kot, tak pon tukar motor/keta/hp baru. Budak2, lima tahun belajar di sekolah, satu sijil gayong pon tarak. Tak pe, yang penting ilmu kata Murahguru tu. Hehehhee.

Yang paling lawak, Murahguru dan Juruletih ni setiap kali awal tahun minta bayaran kat budak2 sekolah pendaftaran tahunan untuk PSSGM. RM10 seorang. Tapi bila dah bayar, budak2 minta kad keahlian. si Murahguru cakap " Aku tak mahu bagi korang kad ahli ni buat menunjuk-nunjuk, semua aku simpan". Jawapan paling haram ambo pernah dengar. Sudah berbelas tahun ada Gayong di Gelanggang Sekangkang Baboon tu, tiap2 tahun bayar. Tiap2 tahun Murahguru kumpul kad ahli. Tapi ambo sendiri tak pernah tengok sekali pon mana2 kad ahli gayong. Pakai ilmu halimunan kot nak sembunyi kad2 tu. Bawalah masuk kubur kad2 tuu ye...

Pernah terjadi, kutipan untuk ahli seumur hidup dikutip. Budak-budak diminta bayaran sebanyak Rm130. Untuk makluman bagi yang tak tahu, yuran ahli seumur hidup hanya rm100 jer. maknanya dah rm30 seorang dia makan. Tapi yang lawaknya, lagi seratus tu pon lesap, budak2 bergenang air mata je laa kad ahli seumur hidup tak sampai2. Ibu bapa yang perihatin marah2, malah tak sedikit ahli yang berhenti sebab ibu bapa yang suruh. Murahguru dengan muka tak malunya terus mengaku penguasa daerah. Memang sedap kot makan duit haraaaammm..... (lepas tu bagi anak bini makan)


Gelanggang Sekangkang Baboon juga menarik perhatian makhluk-makhluk berbulu yang tak punya tempat nak bergayut, termasuklah sang Gorila. Ye lah, nak bergayut di tempat sendiri, masyarakat setempat tak suka sebab pemalas. Nama dan pangkat sangat-sangat diidamkan. Ilmu tu jatuh nombor tiga belas. Punya lah baik bodek nak bagi orang buka pintu. Bila dah masuk, mula tunjuk watak sebenar. Penghasut dan penyebar fitnah. Nak ambil tempat ambo sebagai Juruletih, dia kawtim dengan Murahguru dan Juruletih yang lain. Ambo dikatakan mengajar ilmu sesat. Ambo dikatakan songlap "pitis". Hasilnya, Sang Petapa (yang ni taraf dia lagi tinggi dari Murahguru) offer penumbuknya pada ambo di depan orang ramai. Kalau bukan kerana aku Genggam Angkat Yakin WARAS dan Ngeri, ntah ape akan jadi tak tahu le....


Ambo pon dah lupakan Gelanggang Sekangkang Baboon tu. Ambo dah buka Gelanggang ambo sendiri. Gelanggang Sekangkang Naga. Hehehehhe. Pada orang2 sana, kalau baca post ni, ambo nak bagitau. Demo buat hal demo. Ambo buat hal ambo. Mujurlah Gelanggang sekarang tak perlu berdaftar dengan Daerah. Ambo daftar direct dengan Negeri dan Pusat. Setakat ni, sejak kedatangan Sang Gorila, dah tiga Juruletih disingkir. Pelik, pendatang tanpa izin halau keluar penduduk tetap??? Ikut laah apa demo nak buat encik Gorila oiii.... asalkan demo bahagia. Dengar kata dah ada jawatan peringkat negeri, tahniah lah. Semoga berkhidmat sebaiknya. Kesian ambo, pernah dituduh nakkan jawatan tu. Bekas penjawat jawatan tu pun termakan cerita mereka, sampaikan bersikap dingin dengan ambo. Tuan boleh tengok sendiri, siapa yang melobi sebenarnya. Teringat ambo pesan Guru Pendita ambo. Kalau ditakdirkan kita sebagai pemimpin, kot mana2 pon kita akan dipilih jadi pemimpin. Cuma yang membezakan sama ada jawatan itu kita minta atau diberi. Kalau kita minta, segala kekurangan jadi hisab atas kita. Kalau kita diberi, semoga Allah yang memperbaikinya....


Ambo disingkir, alhamdulillah. Tapi yang sebenarnya, ambo sendiri yang berniat tarik diri. Tak perlu dicanang kata ambo dibuang. Ambo tak mahu bersekongkol dengan dosa2 demo. Menjatuhkan nama perguruan dan maruah kita sebagai orang Islam. PERGURUAN KITA SEKARANG JAUH KE DEPAN, GURULATIH SEKARANG BERDISIPLIN DAN BERTAULIAH. MURID KITA TAHU KENAL ILMU DAN ADAT. TAPI INI ADALAH REALITI GELANGGANG KAMPUNG. YANG TIDAK BERDAFTAR DAN MENJUAL NAMA PERGURUAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI......



Yang Benar,

King Kong





*** Ceritera ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada berkaitan dengan individu yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Ambil iktibar dari mesej yang ambo cuba sampaikan. Yang buruk kita perbaiki, yang baik kita turuti..... hehehehehe... ;)
wAlahu a'lam...


13 comments:

  1. Hai Cikgu Hakim, gelanggang tu gelanggang tempat kito dulu ko?!!hehehe..semenjak pindah ke Machang & bertugas di Sabah nie, doh lamo xdengar cerito..hehehe... Just baco blog demo sebelum nie tapi biasolah keno jupo empunya demo dulu, pekana teh..hehehe..... Anyway, tahniah la still perjuangkan Gayong, kawe sokong demo...
    Free-free bole la jengoh blog kawe
    http://www.princehardy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam encik Hadi... buleh buleh jupo, peringat balik semangat gayong kito. meh pekeno milo beng nga nasi goreng usa. pasal artikel ni nok kato direct ko sapo2, biar dio raso sendiri. tapi cukup kawe royat, banyak kepincangan yg berlaku. duduk di takuk lamo, yg jadi mangsa murid2 gayong mcm kita ni...

    ReplyDelete
  3. salam Adi, hehehehehehe tu laaa, mari kito pakat pitah ko guano? hihihihi

    ReplyDelete
  4. haha...kalu jenis gorilla x pakai xsoh pegho kekoh betis tuan

    ReplyDelete
  5. nok pitah gorila tu, ajak kawe sekali WEI.... kawe bawak paih skali hahahaha

    ReplyDelete
  6. kawe dok tunggu jugok, bilo si gorilla tu nok kekoh betis member Tebu Muda dio. pah sore-sore dio kekoh. Last2, pah ko Murahguru nga Sang Petapa keno gonggong ko dio. Napo gayo doh stat jadi mace tuh doh. Serupo dio jah hok ado kuaso lo ni. Sian ko Naga Boroi kito. hehehehehhehe

    apo2 pun, mace hok kawe kato, gelanggang hanya sekangkang baboon. usah lah dicita nak menakluk seluas daerah. ado lagi anok gayong di bumi tok janggut ni. ko sek2 dio mengidam juga gelanggang sekangkang naga di sri aman? hahahahha

    ReplyDelete
  7. Gorilla oyat dia ada sound kawe..tapi xdok dengar pun di telinga ambo..ai masuk nama kawe skali nih...pese2 la ko gorilla kawe nak ajok minum air buah kadok.

    ReplyDelete
  8. salam abe akim? gelanggang sri aman abe akim wak kt mno eyh?sy igt klik nati sy nk gi...bleh dop?

    ReplyDelete
  9. adi: keccek sajo tok jadi, ko guano di? ore silat ni berani kerana benar. kalu meme kito yakin kito betul, berdepe denga sapo2 pon berani. tapi kalu dan kito tu tok betul, meme dok reko2 cerito nok besarkan diri. hehehe

    Syahmie: latihan doh stat doh slow2. concentrate pado sek2 jurulatih hok ikhlas cari ilmu dan merendoh diri. hok mano abe akim ado kito samo2 kongsi sikit sebanyok. meh meh, kelik nati royat ko abe akim. samo2 kito balik pado tujuan asal belajar gayong insyaAllah... amin

    ReplyDelete
  10. ahhahahhaha.adi tuuu.ajok kawe retek kalu nak minum air buoh retek.kalu ajok make koho sedak.
    akim-tempat kawe ni ado 2,3 kangkang nago lagi ni.xse ko?ambo seorg jurulatih yg ikhlas dan rendah tubuh.buleh la kalu demo nk ngaja dok???hahhahaha

    ReplyDelete
  11. bereh nif. kito pakat gi igat naga2 tu. heheheh. buke toksey bukok gelanggang di sekoloh2 nif, tapi kawe raso stat bule depan kawe kijo doh. alang2 bukok gelanggang biar sapa bilo2. takut tokdan nok caro. apo kato kito pakat tulung budok2 merah ngaji silibus merah tinggi. sek2 ni laaa hok akan ganti kito nyo...

    ReplyDelete