TO LIVE AND TO SURVIVE ARE BOTH THE ART OF NATURE. To do or not to do. Already done or will not be done. Are not the things. We are capable to choose. We can do. We can change. We can fight. But the end. Will be only what the destiny reveals. A man always dreams. Beyond his own cage. Called as death. Hi's stepping forward. Enduring all the suffering and pain. Till the time ends. And last drop found. Until then, the journey must continue...
Monday, August 8, 2011
Jangan Ponteng Puasa Yer!
Umat Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan.
Yang mana-mana Islam, yang mana-mana Berakal, yang mana-mana TIADA keuzuran, maka WAJIB keatasnya berpuasa di bulan Ramadhan.
Kalau degil taknak berpuasa tu, sama taraflah dengan yang di atas dalam gambar. Bulan-bulan puasa pon bantai minum 100plus. Kata Kera tu, "Aku haiwan, mana wajib puasa". Tapi ada jugak makhluk manusia ni yang nak jadi haiwan. Alasan macam-macam nak buka puasa. Tapi kalau setakat kerja kilang ker, kerja ofis ke, takyah lah mereka alasan. Kalo ko tak keja off pun ko bantai jugak makan.
Teringat ambo seorang Ustaz menceritakan diawal turunnya perintah Allah untuk berpuasa. Pada waktu itu Rasulullah saw dan para Sababat r.ahum berpuasa hampir 23 jam sehari kerana tiada penjelasan berkenaan perintah tersebut secara terperinci. Pada waktu itu, para sahabat hanya dibenarkan makan dan minum pada waktu maghrib sehingga isya' sahaja, dan selepas itu sudah dikira waktu berpuasa.
Maka ceritanya, ada seorang Sahabat r.a, yang bekerja di ladang kurma yang panas terik. Satu hari, setelah beliau bekerja seharian dan pulang ke rumahnya untuk menunggu waktu berbuka puasa, disuruhnya isteri menyediakan makanan. Sewaktu menunggu waktu berbuka, Sahabat ini telah tertidur kerana kepenatan. Apabila beliau telah tersedar, waktu untuk makan dan minum telah habis. Dilihatnya makanan dan minuman yang disediakan oleh isterinya, lalu berkata "Seandainya ini bukan perintah Allah, nescaya aku makan dan minum sepuasnya kerana aku sungguh lapar dan dahaga".
Tetapi Sahabat ini redha dan sabar dan meneruskan puasanya. Keesokan harinya, beliau terus bekerja seperti biasa. Tetapi di waktu tengahari, beliau telah pengsan kerana kepenatan. Sewaktu beliau diangkat ke rumah, Rasulullah saw dan para Sahabat telah datang menziarahinya dan bertanyakan kenapa jadi begitu. Diceritakan kejadian bagaimana beliau telah tertidur sehingga terlepas waktu berbuka. Baginda saw tidak dapat memberi jawapan apa-apa kerana perintah Allah swt hanya mewajibkan berpuasa.
Selepas beberapa peristiwa yang berlaku di kalangan para Sababat r.ahum , maka turunnya ayat yang menjelaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga jelas antara benang hitam dan putih (fajar)....
Itu Iman para Sahabat r.hum. Para Sahabat r.ahum bukan para Nabi atau Rasul. Mereka adalah manusia biasa, tetapi golongan yang bertuah kerana mendapat bimbingan terus daripada Rasulullah saw. Bagaimanakah Iman kita pada hari ini??? Bagaimanakah taraf kita seandainya dibandingkan dengan para Sahabat r.hum?
Di satu hari Baginda saw bersabda "Sungguh rindu aku pada saudara-saudara ku". Maka para Sahabat berkata "Bukankah kami ini Saudara-saudara mu ya Rasulullah?" Berkata Rasulullah saw, "Tidak, bahkan kamu ialah Sahabat-sahabat ku". "Siapakah saudara-saudara mu ya Rasulullah?" Bertanya para Sahabat r.hum. "Saudara-saudaraku ialah mereka yang datang selepas ku (selepas kewafatan ku), tidak pernah melihat wajahku, tetapi beriman dengan ku!"...
Semoga bulan penuh keberkatan ini kita kembali mengenal Allah swt dengan sebenar-benarnya..... Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment