...ade amek gambo nama kedai tu....tapi malas ambo siar kang kesian kedai kena banned..
Jam pukul 1.15 tengahari. Ambo keluar dengan dua sahabat atas urusan fakulti ke bandar Kuantan. Tengah keliling-keliling cari kedai sticker kereta untuk projek solarcar, terpandang kepada penjual kedai nasi kukus yang sibuk membungkus makanan. Ambo ingat yang dok tunggu nasi tu india ke cina. Sekali mamat ni pandang2 belakang kot2 ada orang usya dia. Baru tau pure Melayu. Maka berlakulah konfrontasi dalam diri. Mahu bersangka baikkah, atau membiarkan saja?
ambo cari spot baek dlm keta, kuar kamera paparazzi ambo, zoom sket........snap!
Keluarga ambo biasa berniaga di bulan ramadhan di pasir puteh. nenek ambo 'mek nab gelang banyak' and pakcik ambo 'abe yi' meniaga nasi dan lauk pauk sepanjang tahun. bila bulan puasa meniaga kat bazaar. tapi tahun ni kami stop. nenek pon nak rehat2 buat ibadat. pakcik ambo cakap tak tahan buat dosa bersubahat dengan kaum melayu yang tidak puasa.
salah siapa??? jangan menuding jari saja. kita juga sebahagian yg mengambil bahagian secara tidak langsung. memandang tanpa menegur, adalah satu penyakit yg berbahaya dalam mesyarakat. kita juga yg memilih sistem ini. orang yg berkuasa juga bergantung pada kita. in adalah satu kesalahan syariat...... bagaimana dengan pelanggaran2 yg lain????
No comments:
Post a Comment