Wednesday, August 24, 2011

Hilangnya Satu Lagi Permata.... Al-Fatihah


One of the most senior Gayong Master in Kelantan, Cikgu Pak Jab (Rejab bin Samat) had just passed away a few minutes ago. From Him we come, to Him we return. Hope that his soul is kept preciously among the believers insyaAllah... Amin.

Seorang guru lama Gayong di Kelantan telah kembali ke Rahmatullah beberapa minit yang lalu. Allah... Innalillahi wainna ilaihi rojiu'n... Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin.

Berasa sedih ambo setiap kali guru-guru tua meninggalkan kita. Kita juga bisa menyusul tanpa mengira usia. Tetapi adakah kita bersedia menemui kematian? Adakah hidup kita sebagaimana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw dan para sahabat r.hum ajma'in? Dalam segi ilmu persilatan, satu permata telah hilang lagi. Masihkah kita bersilang tangan dari merendah diri dan membunuh nafsu untuk pergi menuntut ilmu dari guru-guru tua, tanpa mengira pertubuhan dan semangat "assabiyah", agar ilmu terus dapat diwariskan kepada generasi seterusnya? Apakah pabila permata2 ini telah pergi meninggalkan kita, kita hanya mampu menjawab kepada diri sendiri dan generasi baru "dulu tak sempat berguru dengannya kerana sibuk bekerja, sebab tiada duit, sebab sudah berkeluarga, sibuk nak kahwin, komitmen dengan aktiviti lain dan lain-lain...... Tepuk dada tanyalah iman... Fikir2kan lah... manfaatkanlah masa yang ada selagi permata-permata ini masih ada.....


Allahummaghfirlahu Warhamhu Waa'fihi Wa'fua'nhu...



Al-Fatihah...









No comments:

Post a Comment