Sunday, February 19, 2012

"ZURIAT MAHAGURU DITINGGAL JANGAN...."

Bonda Siti Fadzillah

Isu penyatuan Gayong semakin hebat diperbincangkan di kala ini. Rata-rata anak-anak Gayong, Gurulatih-Gurulatih muda dan Guru-Guru Tua yang sudah celik mata menyuarakan betapa penyatuan Gayong ini adalah perlu. Ambo orang baru dalam Gayong. Kalau mahu dibandingkan dgn guru2 Tua, ambo hanya anak kecil yang masih menyusu. Tapi ambo tidak berguru hanya dengan mengikut-ikut kata orang. Ambo berguru dalam Gayong dengan Guru-Guru yang hebat2. Guru2 ambo bukan calang2 orang. Guru2 ambo bukan orang baru dalam Gayong. Guru2 ambo bukan orang Gayong yang sukakan perpecahan. Kerana di atas didikan Guru-guru ambo, maka terhasilah ambo yang sedar bahawa kita merupakan satu keluarga Gayong yang satu. Tiada dua.

Bersama Cikgu Ishak Hassan dan Cikgu Meor

Mungkin ambo akan dituduh penderhaka. Mungkin ambo akan disumpah seranah saudara sepertubuhan. Mungkin ambo akan dipinggirkan dan dipulau. Tetapi ambo diajar bahawa Langkah Rezeki Maut dan Pertemuan bukan permainan manusia yang punya. Ia kepunyaan mutlak yang Maha Esa. Dituduh derhaka : Derhaka ambo pada siapakah? Dituduh haluan kiri: Siapakah yang menetapkan kiri atau kanan? Itu prinsip ambo dari awal perjalanan dalam gayong. Itu yang ambo sudah terapkan di France. Itu yang ambo sedang terapkan di Universiti Malaysia Pahang yang digelar Gelanggang Naga Rantau. Itu juga yang ingin ambo terapkan di Pasir Puteh, tapi malangnya di tempat sendiri ambo dipancung tak bertanya. Qada' dan Qadar-Nya tersangat indah bagi yang menghayatinya...

Gambar zaman Dato. Dalam gambar juga ada allahyarham Cikgu Ismail Mansur yang baru kembali ke rahmatullah....
semoga roh allahyarham dicucuri rahmat. Amin...


Tetapi, di zaman Gayong tengah mendaki gunung, zaman ini jugalah berlaku perselisihan adik-beradik yang amat besar. Zaman ini Gayong sudah menambat Gajah, tapi setiap bahagian rantai sudah mula retak dan ada yang putus.

Atas dasar ini, Gayong harus menjadi sirih pulang ke ganggang. Gayong pulang ke istana, berwariskan zuriat Dato', berpemimpinkan pemimpin yang dihormati kawan dan disegani lawan. Berpandukan Guru-Guru Tua yang ikhlas berjuang sekian lama. Naga Rantau sempat mengembara berjumpa zuriat kandung Dato' Meor Abdul Rahman, iaitu Bonda Siti Fadzillah. Ambo pergi berjumpa atas beberapa sebab. Alhamdulillah niat termakbul akhirnya!

Rezeki kami, disambut juga oleh Cikgu Ishak Hasan, dan Cikgu Meor. Syukur dapat juga ilmu dan nasihat sebarang dua. Doa ambo, harap pertemuan kami dengan Bonda diberkati oleh Allah swt. Semoga niat kami menyambung silaturrahim tidak di salah ertikan, terutama golongan yang mencari jalan untuk menjatuhkan kami yang cuba berada dalam jalan yang benar dalam bergayong.....

No comments:

Post a Comment