Wednesday, February 22, 2012

Cerita Biasa Gelanggang Naga Rantau....

Kampus Pekan mengamalkan "Green"....
adalah Pengetua bela 4 ekor lembu tu he he he

Alhamdulillah, hampir 2 bulan memikul tugas baru. Walaupun masih belum berpindah sepenuhnya, ambo, anak dan isteri sudah masuk menetap di kediaman Pengetua Kolej Kediaman 5, Universiti Malaysia Pahang, kampus Pekan. Fakulti ambo, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan juga sudah siap sepenuhnya alhamdulillah dan sudah boleh digunakan sejak minggu ini.

Tanah di sebelah rumah pengetua juga dijadikan Gelanggang Tetap untuk setiap malam Rabu, Khamis dan Jumaat. Gelanggang di UMP Gambang, jarang2 turun sekarang ni kerana jauh. Mujur masih ada Jurulatih2 Naga Rantau UMP Gambang, yang merupakan pelajar universiti sendiri yang maintain kelas latihan.

Latihan kami juga diadakan di Pusat Pelajar, di KK5 juga. InsyaAllah mulai tahun ini, kursus-kursus pelajaran dan adat akan dipertingkatkan. Kami baru sahaja selesai silibus Seni Pisau, insyaAllah akan anak-anak Naga Rantau akan diuji dalam 2 bulan lagi untuk Bengkung Merah Kosong. "Khatam" pisau sudahpun ditetapkan tempatnya.... Tuan Pengetua dah pun "lawat" tempat tu bersama kekanda-kekanda Naga Rantau. 8D hehehehehhee.

Sebagai satu sumbangan pesilat-pesilat UMP, insyaAllah satu badan rondaan akan ditubuhkan di bawah kelab silat seni gayong untuk membuat rondaan keselamatan KK5. Sub-group ini akan dibuka kepada mana-mana mahasiswa dan mahasiswi kk5 yang berminat berkhidmat dan menyumbang, di samping melengkapkan diri dengan ilmu beladiri yang akan dibuat setiap minggu oleh kelab Naga Rantau.

Seperti umum sudah maklum, kelab ini tertakluk bawah undang-undang universiti. Walaubagaimanapun kelab ini berdaftar terus kepada PSSGM pusat sejak sudah beberapa tahun. Misi dan visi kami teramatlah tinggi. InsyaAllah, dari segi kegurulatihan, matlamat kelab kami ialah untuk bukan sahaja UMP ini menghasilkan bakal-bakal Jurutera yang berkaliber, bahkan juga Jurutera yang merupakan Gurulatih yang lengkap dari segi ilmu dan praktik dalam kegurulatihan, adat istiadat dan pentadbiran. Kerana menjadi Gurulatih bukan sekadar mengisi masa lapang. Tetapi Gurulatih memainkan peranan membina diri murid, justeru membantu menghasilkan masyarakat yang hebat dari segala segi.


Doa kami semoga segala perancangan kami dipermudahkan. Segala sokongan dan bimbingan dri Cikgu-cikgu sekelian, kami ucapkan jutaan terima kasih. Dan segala nasihat dan teguran sangat kami harapkan....

Pisau sudah. InsyaAllah mulai semalam Seni Simbat sudah dimulakan...


Salah satu berkenaan pelajaran pisau ialah seni lelayang/layang-layang, iaitu latihan membaling senjata, terutama Pisau. Membaling pisau apabila bertemu musuh hanya boleh dilakukan dalam beberapa situasi sahaja. Membaling pisau ke arah musuh bererti memberi senjata di tangan kita kepada musuh. Walaubagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, "melayang" pisau sangat effektif dan berupaya menyelamatkan keadaan.

Pada anak-anak Naga Rantau, semoga latihan kita diberkati oleh-Nya....




2 comments: