Saturday, October 19, 2013

TRADITIONAL ARCHERY COURSE


Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera. Bengkel Memanah Tradisional (Sunnah) akan diadakan di UMP Pekan anjuran Kolej kediaman Pelajar 5 (KK5). Ambo mengambil peluang ini ingin buka penyertaan pada sahabat-sahabat/cikgu-cikgu sekelian kot-kot ada yang berminat. Yuran penyertaan untuk peserta-peserta luar (bukan pelajar UMP atau bukan staff UMP) adalah RM70 sekepala. (fix price dari penceramah). Peralatan disediakan. Tempat untuk penyertaan luar sangat limited, maksimum 10 orang sahaja lagi untuk penuhkan tempat.

Pelajaran Memanah sunnah akan diisi dengan pengajian sejarah dan rukun memanah, dan insyaAllah beserta dengan amalan-amalan dan Doa-Doa Nabi SAW, para Sahabat r.ahum dan salafussolihin selepas mereka dalam Seni Memanah. Siri Pertama akan merangkumi teori dan praktikal untuk Ground Archery dan Combat Archery. Yang mana mahir siri pertama insyaAllah akan diadakan kursus asas menunggang kuda di UMP Pekan (dalam perlaksanaan). Siri Kedua Memanah Sunnah akan diadakan selepas peserta-peserta boleh menunggang kuda untuk pelajaran Horseback Archery. InsyaAllah semoga ilmu ini terus berkembang di dada pendekar-srikandi Muslim yg ada insyaAllah.

Bengkel ini berlangsung selama 2 hari, dengan 4 sesi. Setiap sesi hanya mempunyai maksimum 20 orang peserta sahaja untuk memudahkan sesi pengajaran dan pemelajaran. Tuan puan boleh pilih mana-mana sesi (Pagi Sabtu, Petang Sabtu, Pagi Ahad atau Petang Ahad). makan minum dan sijil penyertaan akan disediakan. Bagi tuan/puan, saudara saudari dan cikgu cikgi sekelian yang berminat boleh terus hubungi ambo untuk book tempat. HP: 013-tigaempatkosong-4321. Tempat yg boleh buka untuk penyertaan luar hanya 10 sahaja lagi semasa entry blog ini ambo publish. Harap maklum.

***Untuk penyertaan pelajar-pelajar UMP, minta maaf banyak-banyak. Dah penuh kesemuanya iaitu seramai 80 orang. Yang ni pelajar hanya cuma bayar RM15 kerana selebihnya dibiayai menggunakan bajet kolej kediaman untuk aktiviti pelajar. InsyaAllah nantikan siri-siri seterusnya yg akan dianjurkan. Sabar ye! ;)***



Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil dari page FB "Sunnah Memanah". Minta izin tuan "Sunnah Memanah" dan tuan "Bow & Arrow" untuk gambar2 ini. Semoga gambar-gambar ini menjadi inspirasi terutama pada anak-anak Gayong untuk mengambil seni kepunyaan kita ini. InsyaAllah..
Credits to FB Page "Memanah Sunnah"
 Credits to FB Page "Memanah Sunnah"
 Credits to FB Page "Memanah Sunnah"
 Credits to FB Page "Memanah Sunnah"
 Credits to FB Page "Memanah Sunnah"
 Credits to FB Page "Memanah Sunnah"
 Credits to FB page "Bow & Arrow"
Credits to FB Page "Bow & Arrow"

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ

    ReplyDelete